Demontrasi yg diadakan di sekitar Kuala Lumpur pd hari Sabtu lepas membuktikan bahawa akta ISA perlu diguna pakai dan mungkin perlu diubah sedikit saja. Juga tidak perlu utk dimansuhkan.
Sebab mengapa akta ISA perlu dikekalkan adalah kerana mengekang berlakunya pelbagai perkara yg tak diingini spt org² yg cuba menimbulkan kekacauan yg bole menggugat keamanan dan keharmonian bangsa dlm negara ini.
Jelas skali arini, akta ISA harus diguna pakai utk membasmi 'mangkuk²' yg menjadi petualang menimbulkan kekacauan dlm negara. Kejadian tempoh hari benar² mencabar kredibiliti kerajaan dlm menangani pindaan akta ISA.
Kerajaan telah menyatakan bahawa akta ISA akan dikaji semula utk memenangi hati rakyat dan rakyat juga diminta memberi pandangan @ bantahan melalui media² yg disediakan spt menghantar surat / emel² cadangan ke mana² saluran yg ditetapkan sbg contoh blog Perdana Menteri, Satu Malaysia.
Tetapi rakyat telah dikaburi kononnya kerajaan menggunakan ISA semata² utk sengaja menangkap mana² pemimpin pembangkang yg dilihat berpotensi dapat 'menumbangkan' kerajaan hari ini. Tindakan kerajaan bukanlah suka² tetapi berdasarkan beberapa kesalahan yg dilakukan mereka sendiri. Jika didapati bersalah dan seharusnya pesalah haruslah dihukum.
Jika kerajaan hari ini dilihat terlalu zalim dgn menggunakan akta ISA, sepatotnya kerajaan telah menangkap penganjur perhimpunan demontrasi iaitu GMI. Tetapi kerajaan masih berlembut dan berharap rakyat tidak melakukan perkara yg tidak sepatotnya berlaku.
Dengan tercetusnya demontrasi besar²an tersebut, kita dapat melihat betapa perlunya akta ISA dikekalkan dan diguna pakai utk menangkap sesiapa saja yg didapati melakukan kesalahan yg bole menimbulkan keadaan huru hara dan mengancam keselamatan negara.
Hampir 95% antara 20,000 orang adalah bangsa Melayu. Memalukan sungguh. Yg mencanangkan demontrasi adalah mereka yg terdiri daripada kaum lain dan kita yg tak tau menahu pegi la berkumpul 'berperang' dgn Polis.
Utk pengetahuan mereka yg 'jihad' pada hari sabtu lalu. Kebanyakan tahanan ISA adalah bukan dari bangsa Melayu. Tujuan mereka mintak utk dimansuhkan ISA adalah utk kesenangan diri dorg juga nnt andai mulut & tindakan mereka disengajakan utk mencanangkan huru hara dlm negara. Pikirlah sebaiknya wahai bangsaku Melayu yg sering sgt terlupa.
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..