Full Width CSS

Pemikiran Kolot Indonesia


Sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing menahan kenderaan-kenderaan yang melalui Jalan Deponegoro di sini dalam gerakan yang dipanggil 'Sweeping Malaysia' (Sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.

Kumpulan berkenaan yang mengikat bendera Indonesia di kepala bertindak menahan semua kenderaan dan meminta pemandu dan penumpang menyerahkan kad pengenalan masing-masing.

Sebuah televisyen tempatan, Metronews melaporkan kumpulan berkenaan bertindak merampas kad pengenalan rakyat Malaysia supaya mereka diusir dari Indonesia.

Setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia yang ditahan oleh kumpulan tersebut atau dirampas kad pengenalan mereka.

Kumpulan itu juga merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan kali kedua di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Kumpulan terbabit yang tidak berpuas hati dengan sikap berlembut Kerajaan Indonesia terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet sebelum ini telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan tersebut.

Indonesia sebelum ini menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet berasal dari Bali dalam promosi pelancongan, walaupun kesilapan itu sebenarnya dilakukan oleh sebuah syarikat swasta dan tidak membabitkan kerajaan Malaysia.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta difahamkan telah menghubungi para pelajar dan rakyat Malaysia di Indonesia supaya mengambil langkah berjaga-jaga serta tidak pergi ke kawasan yang sensitif.

Kedutaan juga telah meminta Kementerian Luar dan Polis Indonesia supaya mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi rakyat Malaysia.

Sementara itu, Detikcom melaporkan 'Sweeping Malaysia' berlangsung selama kira-kira 30 minit dalam suasana 'cukup tegang'.

Pengguna jalan raya berkenaan terkejut kerana mereka ditahan oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang menggunakan senjata buluh runcing dan diminta mereka menyerahkan kad pengenalan masing-masing untuk diperiksa. - Utusan


Komen :

Mmg kolot betol pemikiran sesetengah rakyat Indonesia ni yg sengaja mengapi²kan semangat mahu ganyang M'sia yg pernah dibawa oleh mantan presiden mereka dahulu Sukarno. Ada sje perkara² yg sengaja diperbesarkan utk membuktikan bhw M'sia adalah negara yg kaya dgn hasil mencuri budaya negara lain.

Ape la bangang sgt. Dulu pemimpin negara Indonesia juga kata bhw M'sia & Indonesia adalah negara serumpun yg berkongsi budaya dan bahasa yg hampir serupa. Walaupun perkara mengenai video pendek yg ade menyelitkan tarian pendet tu adalah kesilapan pihak Discovery Channel.

Patotnye dorg tidak lg berckp mengenai perkara ni dan skg mereka perlu bermuhasabah diri serta bersyukur kerana M'sia telah byk membantu sedikit sebanyak ekonomi Indonesia dgn pengaliran wang keluar masuk ke negara mereka melalui pengiriman wang ke Indonesia oleh rakyatnya yg bekeje di sini dan rakyat M'sia yg kian bertambah mengunjungi & bershopping sakan di sana.

Aku berharap sgt dlm hal ni, kerajaan Indonesia mengambil langkah ketat mengawal media dan rakyatnya supaya hubungan M'sia & Indonesia tidak tegang dgn isu remeh ini. Jika tidak, M'sia harus memberhentikan kemasukan pekeje² dari Indonesia ke negara ini serta merta.

Aku percaya lepas ni kalo kita sbg rakyat M'sia masih lg berlembut dgn negara Indonesia pastinya bahasa Melayu yg kita gunakan ni akan diungkitkan juga sbg bahasa yg dicurik.

Post a Comment

3 Comments

  1. JOOOOM kita mulakan KEMPEN Boikot Indonesia .... kalau semua blogger involve mesti ada kesan nya...

    ReplyDelete
  2. Yer,

    Aku rs mmg kita sbg blogger patot menjadi barisan utama dlm mempertahankan isu² yg membabitkan negara terutama dgn Indonesia !

    ReplyDelete
  3. Bukan takat boikat jer denaihati, kita hantar blk semua endon yang kerja di Malaysia... Bagi kerja jadi pembantu rumah, Makan minum tanggung, tiket balik indon tanggung, nak gaji RM800.. RM800 buk blk indo bulat2... Blk sana depa ganyang Malaysia... Masuk Facebook kat group 1Malaysia pun depa serang gak..siap tubuhkan group anti malaysia lagi.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..