Full Width CSS

Sarjan Hassan




Dua malam berturut² aku menonton film Sarjan Hassan kt tv. Memula Astro tayangkan sambil aku selang seli tgk dgn Hati Malaya. Seterusnya malam td, RTM 2 plak tayangkan film Sarjan Hassan.

Walaupun ditengok berulang² kali setiap tahun, film ni mmg tak membosankan. Bg bangsa kita mgkin la tak membosankan tp kaum lain, kita tak tau la kan.

Spt semua org tau dlm film ni satu watak dikenali sbg Buang yg telah mengkhianati bangsanya dgn bersekongkol & menjadi tali barut Jepun pada masa dulu. Dalam masa yg sama menganiaya bangsa sendiri utk kepentingan peribadi.

Pertarungan antara kepentingan peribadi dan maruah bangsa dan negara dititik beratkan di penghujung film ni, di mana berlaku perkelahian antara watak Buang & Sarjan Hassan dan di akhir cerita, penonton telah di'ingat'kan oleh Sarjan Hasaan antaranya berbunyi :-

''..aku berharap, janganlah hendaknya ada lagi manusia yg seperti ini di tanah air kita kerana manusia yg spt inilah yg akan merosakkan keturunan kita..
ya, memang bangsa kita masih muda dan masih lemah. aku tak peduli itu semua. harapanku hanyalah kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya..''

Apa yg dikatakan P.Ramlee itu adalah benar. Lihat sajalah bangsa Melayu kita hari ini, ada dikalangan kita yg cuba menjadi duri dalam daging @ pengkhianat bangsa. Sudah tiada perasaan cintakan bangsa & agama. Demi 'cintakan' kesepakatan yg tidak beberapa sepakat, mereka membenarkan maruah bangsa dan agama diperkotak katikkan.

Kini mereka dgn rela dan tanpa dipaksa, senang hati menjual maruah bangsa & agama semata² ingin melihat bangsa sdr jatuh tersungkur. Penghabisannya nanti apa yg kita dapat?
Mahukah kita agama dan negara kita tergadai suatu hari nanti?

Tp aku pecaya, ada di kalangan yg menonton film ini adalah terdiri daripada mereka yg 'sedang' menjual maruah bangsa dan agama tp dipermudahkan cerita lg mereka ni telah buta hati dan perasaan utk sedar.

Aku berharap pd mereka yg masih blom buta hati dan perasaan dapatlah bersama menguatkan barisan dan tingkatkan keazaman mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara daripada dinodai musuh dalam selimut yg bertopengkan manusia tetapi hakikatnya mereka adalah Iblis yg dilaknat ALLAH S.W.T

Post a Comment

0 Comments