Full Width CSS

PEMUDA UMNO!!

Saya jarang bercerita mengenai UMNO tapi hari ini saya perlu berbicara mengenainya. Teguran ini bukan hanya pada AJK Pemuda M'sia sahaja tetapi kpd semua peringkat Pemuda UMNO Negeri, Bahagian dan Cawangan.

Seperti yg kita tahu, Pemilihan UMNO diadakan utk mencari watak² yg boleh dipercayai & bertanggungjawab menjalankan amanah² ahli di peringkat akar umbi. Saya lebih suka khususkan pada Pemuda UMNO.

Seperti yg kita tahu juga, semasa kempen pemilihan sememangnya bantuan kita amatlah di'perlu'kan dan di'hargai' utk mengeluarkan undi. Menjelang hari pemilihan, calon² sanggup menghabiskan masa dan duit demi mendapatkan satu undi. Kalo tak menang pun takpe janji nama dah ada dlm pencalonan.

Seperti yg kita tahu lagi, ada di antara mereka yg berjawatan dalam Pemuda ni bukanlah seorang pejuang sejati utk agama bangsa dan negara tetapi mereka adalah seorang bisnesman yang mengejarkan tender dan projek. Adakah hasil tender dan projek mereka kejarkan itu turut diberikan kepada kita sama?

Seperti yg kita tahu lagi juga, ada antara mereka yg berjanji setinggi gunung tp pengakhirannya gunung ke mana janji ke mana. Berjanji kosong spt ais kosong tp jika ia berbaloi utk dirinya, mungkin dia akan cuba tunaikan janji tersebut.

Seperti yg kita tahu, Pemuda UMNO hari ini tidak agresif spt Pemuda dahulu. Walaupun sy bukan dari golongan Pemuda UMNO dahulu tp semangat yg dibawa oleh dua jenis Pemuda ini tampak benar berlainan.

Seperti yg kita tahu tapi buat² tak tahu adalah, Pemuda kita suka mengamalkan sikap tunggu, tengok dan biarkan. Tunggu pembangkang nak buat ape, kemudian lihat pembangkang lakukan ancaman dan akhirnya biarkan berlalu serta terus lupakan.

Seperti kita ketahui, pembangkang hari ini berani mengancam agama Islam, kedaulatan Raja Melayu, bangsa Melayu dan semua yg berkaitan dgn ISLAM & MELAYU. Tapi Pemuda tidak pantas respon akan hal itu. Cuma berdemontrasi secara aman, pegang sepanduk, agak muka masuk sekali dua dlm paper @ tv dan membuat beratus² laporan polis.

Seperti yg kita perasan, ceramah² @ rapat umum yg dianjurkan pembangkang sentiasa diadakan. Tujuannye hanya satu, iaitu meyakinkan rakyat berkenaan matlamat yg dibawa. Tak kisah matlamat peribadi ataupun parti. Adakah Pemuda UMNO ada terfikir utk membuat ceramah @ rapat umum utk menerangkan matlamat perjuangan parti dan menterjemahkan isu semasa kpd rakyat??

Seperti diketahui kot, Pemuda UMNO seharusnye merangka satu pelan perang saraf utk menggagalkan pelbagai misi pembangkang. Jgn asyik meeting dari ptg smpai ke tgh mlm tp pengakhirannye KOSONG. Membazir namanya tu.

Seperti yg biasa kita ketahui tagline ini, "biar lambat asalkan selamat" mmg tidak sesuai digunakan utk berpolitik. Sikap lambat & last minit ni dah menjadi darah daging org Melayu bahkan 1 M'sia pun dah terkena sindrom yg sama. Jgn tunggu esok hendak pilihanraya, hari ini baru mula berkursus dan berkempen. Buruk padahnya nanti.

Seperti anda tak tahu, kaum lain sebenarnye mengharapkan akan kejayaan UMNO/BN memimpin negara dan mereka tetap yakin dengan kepimpinan hari ini. Cuma kita perlu buktikan bahawa sokongan mereka tidak menjadi sia² sahaja.

Seperti hari ini, berkempen dengan cara ceramah² umum mungkin kurang berkesan. Rakyat malu mengaku 'menganut' parti sebenar. Itu sindrom hari ini sebenarnya. Saya percaya ada Biro Media Baru yg diwujudkan utk menjalankan kempen melalui blog, facebook, twitter dan lain². Tetapi adakah ia berjalan seperti yg dikehendaki??

Seperti yg semua mahu, Pemuda UMNO langkahnya mesti selalu kehadapan dan pantas. Kita mahu Pemuda dipandang hebat & menakjubkan. Ketegasan dan kelantangan kita berbicara pada sesuatu perkara akan membuatkan pembangkang tertutup mulut.

Seperti yg semua kehendaki, mereka yg berjawatan nun di atas, masih ada masa utk berubah menjadi terbaik. Jika merasakan tanggungjawab pada ahli dan rakyat adalah suatu perkara yg membebankan, berilah peluang pada mereka yg benar² boleh berbakti dan berjuang bukan kerana harta dan pangkat.

Seperti yg anda tahu, barisan kepimpinan Pemuda UMNO adalah terdiri dari anak muda yg berjaya dan mantap pemikirannya. Saya percaya, jika semua menjalankan tanggungjawab masing² dan menerima pendapat orang bawahan pasti hasilnya terbaik.

Seperti yg kita tahu juga, perjuangan hari ini bukan utk esok lusa tetapi utk generasi akan datang. Jangan biarkan generasi akan datang menyumpah kita, kerana gagal mempertahankan hak² yg sepatutnya kita berikan pada mereka.

Seperti adat Melayu berbicara yg disulami pantun gurau senda tetapi masih berbisa. Menutup bicara saya mohon maaf jika kenyataan ini mengundang rasa marah, sakit hati, pening kepala, mual² terasa ingin muntah dan sebagainya.

Seperti yg anda mungkin ramalkan juga, keterbukaan saya menulis ini akan mengundang masalah pada saya juga nanti. Samada mungkin diambil tindakan tatatertib oleh UMNO ataupun tidak. Tetapi jika saya harus diambil tindakan, saya rela. Kerana matlamat saya adalah menegur perkara yg jelas kelihatan di mata umum.

Ikhlas,

Mohd Riziqin Hillan Bin Md Hasbullah
03451383
Pen. S/U Pemuda UMNO Taman Jaya, Bdr Tun Razak

Post a Comment

0 Comments