(
gambar disedut dari Kosmo)
Apa² saja kejadian yg berlaku di M'sia ni mcm jd satu trend semasa.
Musim skg ialah = Org Tak Sayang Anak. (Buang anak, pukul anak dll)
Sakit hati dan emosional bile sy membaca kisah perihal anak perempuan kecil yg berusia 3 thn mati dipukul oleh manusia jahanam pada ruangan akbar hari ini. Dia bukanlah manusia sebenar tetapi adalah manusia jelmaan syaitan yg dilaknat ALLAH S.W.T.
Terlalu menyayat hati tatkala melihat jenazah Allahyarham adik Syafiah Humairah dikafan.
Apalah dosa anak ni agaknya??
Dah hilang pedomankah masyarakat kita hari ini?
Mana letaknya keperimanusiaan kita?
Inikah akibatnya jika ilmu yg dibekalkan tidak dimanfaatkan?
Terbaca kisah anak² jiran yg melihat kejadian berlaku. Alangkah baiknya jikalau sy & anda² pembaca berada sama di sana. Mungkin nyawa adik Syafiah Humairah dapat diselamatkan.
Mungkin sy & anda pembaca akan bertindak menendang kepala 'syaitan' tersebut sehingga patah tulang tengkoknya. Mungkin sy akan dituduh membunuh tanpa niat syaitan tersebut. Kecewanya sy, tiada di tempat kejadian.
Tidak bole sy membayangkan bagaimana kulit kepala arwah terkoyak kerana dipijak. Bdk sebesar gitu jika ditampar pun mmg takkan melawan apatah lg ditendang dan dipijak spt bola. MasyaAllah~
Sy cadangkan agar, pesalah utk kes² buang anak, dera anak & lain² yg berkisarkan kanak². Mereka ini dihukum sebat di hadapan org ramai. Hukum mereka di Dataran Merdeka, KL. Biarkan kesalahan & hukuman mereka dilihat orang ramai. Supaya menjadi tauladan kpd org lain.
Jgn takot utk melaksanakan hal ini. Jgn bimbang kritikan org luar negara. Kerana apa yg kita lakukan adalah utk kebaikan masyarakat M'sia. Ini hal dlm negara kita, kita yg wat acuannya sendiri.
Pihak berkuasa, patot pantau akan hal ini dan diberi perhatian yg terbaik. Jgn asyik TUBUHKAN SURUHANJAYA @ BADAN KHAS SIASATAN sahaja. Tak ke mana semua itu.
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..