Kebelakangan ni sy lihat begitu byk meje pendaftaran Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di merata tempat.
Setiap kali itu jugalah sy b'tanya pd kwn² opis & sekolah samada mereka telah mendaftar menjadi pemilih / pengundi atau belom.
Jawapan yg diterima berbunyik spt ini :-
i) "blom, aku tak minat la politik² ni.."
ii) "blom, nnt la.. lmbt lg pilihanraya.."
iii) "dah tp aku tak penah gi ngundi sbb UMNO byk tipu rakyat, parti lain nmpk tak stabil.."
iv) "bla bla bla..."
Bagi sy, sebenarnye takde alasan utk warganegara M'sia ni utk mendaftar sebagai pemilih / pengundi. Sebagaimana mereka boleh memperbaharui Mykad yg rosak atau hilang, sebegitulah mereka lakukan utk mendaftar.
Mereka ini sebenarnye tak sedar akan untung buruk nasib negara suatu hari nanti. Mungkin pada fikiran mereka, kerajaan BN tetap akan terus memerintah walaupun 100 kali pilihanraya diadakan.
Jika dilihat pada pilihanraya yang lepas, sokongan terhadap kerajaan pemerintah telah jatuh sedikit berbanding tahun sebelumnya. Ini mungkin berpunca dari faktor 'terlalu yakin' warganegara yg tidak mendaftar SPR dan isu² semasa yg tak masuk akal dari pembangkang.
Jika perkara ini tidak diatasi, berkemungkinan kerusi² BN akan hilang sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. Jika kerusi ini dirampas oleh bangsa sendiri yg tahu akan tanggungjawab dan tunaikan harapan pengundi, tidaklah menjadi masalah. Tetapi jika kerusi tersebut jatuh di tangan bukan sebangsa dan mempunyai agenda tersendiri? Bagaimana?
Sy telah memikirkan hal ni berulang² kali. Sy percaya pembaca pun berfikiran sama. Tapi bagaimanakah caranya untuk kita meyakinkan mereka ni bahawa betapa pentingnya mendaftar sebagai pemilih / pengundi??
Perlukah kerajaan memperkenalkan undang² di mana warganegara yg telah mencapai umur 18 thn telah WAJIB utk mendaftar sebagai pemilih / pengundi?
Berikan mereka tempoh sehingga berumur 20 thn utk mendaftar.
Jika mereka masih gagal utk mendaftar pd SPR. Satu tindakan undang² harus dikenakan pada mereka ini. Sy yakin jika undang² ini diperketatkan, sedikit sebanyak mereka ini akan membantu proses demokrasi negara nnt.
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..