Hangat sungguh berita² sepanjang minggu ni.
Dari kisah :-
MP lompat parti..
Artis dengan makmal mini dadah..
Khabar angin Tan Sri Musa letak jawatan..
Kedai alatan seks..
Budak hilang dah jumpa semula..
Zahrain dedah rahsia Anwar cabot lari..
dan juga al kisah facebook tentang..
All Entertainment Reporters In M'sia Sucks
Satu laporan polis dibuat berkenaan hal tersebut.
Melatah pula mereka kali ini..
Perasan atau tidak setiap hari kita sering disensasikan dengan isu² selebriti yg tak sehebat mana berkenaan isu peribadi / percintaan / bergaduh / rumah tangga / berhutang dan lain² lg.
Apa yg cuba dilakukan oleh pemilik All Entertainment Reporters M'sia Sucks bukanlah kesalahan yg terlalu BESAR cuma mengutarakan pendapat peribadinya sendiri dan disokong oleh yg lain. Mungkin pemiliknya adalah artis ataupun orang biasa. Tetapi ini adalah realiti yg harus diterima oleh wartawan yg terlibat.
Berita mengenai laporan polis sini.
Saya percaya, tidak semua wartawan dimaksudkan. Cuma mereka lebih tertumpu kpd wartawan yg sengaja menjaja cerita murahan selebriti tempatan. Tidak dinafikan juga ada antara wartawan ini yg menjalankan tugas dgn baik & tahu batas² etika kewartawanan.
Wartawan juga manusia biasa. Mereka juga mencari rezeki yg halal. Dan kerjaya mereka menuntut utk mencari bahan² berita yg sensasi. Apa yg boleh kita lakukan sebagai pembaca?
Ini adalah lumrah dunia, jika anda yg memulakan & anda juga harus menerimanya semula dengan hati terbuka. Mungkin apa yg para wartawan tersebut rasai skg ini, itulah juga perasaan mereka para selebriti rasai semasa diterjah. Ibarat ditelanjangkan bulat².
Cuma ada beberapa perkara yg saya tidak bersetuju dgn All Entertainment Reporters M'sia Sucks ialah mereka memaki & menghamburkan kata² kesat yg tidak sepatotnya dikeluarkan. Inilah yg ditakuti oleh sebilangan kita apabila kita berbicara melalui media tanpa sempadan.
Nasihat saya kepada pembaca, janganlah kita 'bersubahat' sama dgn cerita² yg disensasikan utk tujuan yg tidak berfaedah kpd masyarakat kita. Kita bukan bangsa low class yg menagih cerita² murahan begini~
p/s: salute pd Mazidul Akmal Sidik..
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..