Full Width CSS

Ajaran Abuya

Akhir² ini kita ada mendengar mengenai cerita berkenaan kumpulan ajaran sesat yg telah diharamkan oleh kerajaan M'sia iaitu Al-Arqam (jemaah aurad muhammadiah). Antaranya berkenaan dakwaan isteri ketiga Ashaari yang mendakwa suaminya itu tidak mati sebaliknya telah ghaib utk bersama² bergabung dengan Rasulullah SAW dan Imam Mahadi.

Astaghfirullahalazim~

Ingtkan matinya Ashaari, maka berakhirlah ajaran ini. Rupanya ia masih lagi disambung oleh keturunannya. Umum mengetahui ajaran Ashaari ini mmg telah jauh tersasar dari ajaran Islam itu sendiri. Sebagai contoh,

i) pengikutnya wajib beriman kpd Abuya @ Ashaari (diagungkan spt Nabi Muhammad)
ii) Abuya memberitahu Tsunami yg melanda Acheh adalah atas kehendak dan perintah Abuya sendiri
iii) boleh berhubung direct dgn Rasulullah SAW
iv) dakwa boleh menangguhkan kematian
v) dakwa boleh 'slow talk' dgn Allah SWT

Astaghfirullahalazim~

Hari ini kumpulan Al-Arqam tidak lagi dianggap sebagai ancaman kepada negara. Jika dahulu, ramai juga pengikut kumpulan ini yg dimasukkan ke dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kemudian dilepaskan selepas diyakini telah 'bersih' setelah diberi 'rawatan' pemulihan.

Tapi hari ini, kumpulan ini masih terus dengan agenda mereka? Mengapa?

Adakah disebabkan pengasasnya telah meninggal dunia maka Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak perlu memantau lebih kpd kumpulan ini. Atau kerana Al-Arqam telah dikelaskan sebagai kumpulan ajaran sesat yg tidak merbahaya selepas tahun 1994 pengharaman kumpulan ini?

Usaha pemantauan ini bukan sahaja terletak pd JAKIM semata², sebaliknya pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) turut berperanan menutup mana² laman web, blog mahupun youtube yg berkisarkan perjuangan Al-Arqam ataupun mana² kumpulan ajaran sesat daripada dikunjungi oleh rakyat khususnya umat Islam.

Kita tidak mahu umat Islam di negara ini bertelagah sesama sendiri disebabkan terlalu byk fahaman Islam yg boleh menyesatkan akidah. Jika mahu hapuskan kumpulan ajaran sesat Al-Arqam mahupun kumpulan yang lain, pastikan ia dihapuskan sehingga ke lubang cacing. Jgn tinggalkan sisa yg akhirnya akan menjadi daging yg busuk dalam masyarakat Islam M'sia.

Post a Comment

2 Comments

  1. Dulu Ustaz Ashaari pernah kata kepada sy ... Sheikh Suhaimi belum mati dan akan kembali sebagai Mahdi.

    Kini isteri Abuya kata ... Abuya akan kambali sebagai Mahdi.

    Siapa yg bohong ?
    Dah sampai mase pengikut Al-Aqam meninggalkan kumpulan ini sebelum ajal tiba.

    ALLAH KNOWS BEST.

    ReplyDelete
  2. Hmm jahanam bangsa dan agama kita kalau pergerakan ajaran sesat masih berterusan..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..