Full Width CSS

Budak Form 4

Masa saya menuntut di sekolah menengah, saya merupakan seorang pengawas yg berada di level BENGIS. Ramai pelajar tidak sukakan saya disebabkan saya sgt jarang dan tidak gemar utk senyum pd mereka. Tapi di luar sekolah, saya kembali spt biasa.

Tugas pengawas ni spt polis, tiada kompromi dan tawar menawar dgn satu tujuan iaitu mendisiplin pelajar. Setiap minggu mesti akan diadakan spot check dari kelas ke kelas. Antara barang yg selalu dirampas adalah telefon bimbit, game boy dan cvd / dvd. Telefon bimbit ketika tu sgt famous sbb masih baru. Saya pun mula gunakan telefon bimbit ketika berada di Sem kedua semasa berada di kolej.

Ketika barang² tersebut dirampas, ada lah puak² pelajar ni yg sengaja membuat provokasi. Kata mereka..

"..dah rampas barang orang, nnt nak pakai la tu.. tak malu.."

Form 4 adalah tempoh 'honey moon' maka tidak hairan lah byk sgt barang² yg selalu dirampas setiap minggu. Kebanyakan barang² yg dirampas ni akan dipulangkan dalam tempoh sebulan sehingga ke tiga bulan dari tarikh rampasan.

Ingatkan provokasi sebegini sudah berakhir tetapi ia tetap masih berlaku sehingga ke hari ini. Seperti kejadian di mana PDRM membuat serbuan dan rampasan besar²an baju t kuning BERSIH sepanjang minggu lalu.

Kata puak pembangkang, PDRM akan menggunakan baju tersebut utk sengaja menimbulkan provokasi semasa hari perhimpunan 9 Julai 2011 nanti.

Wahhh banyak masa plak PDRM sengaja nak pkai baju tu dan timbulkan provokasi??
Apa kau ingat PDRM ni takda keje?
Bukan ker jika PDRM sengaja pakai baju BERSIH dan timbulkan provokasi akan menambahkan beban keje mereka utk mengawal dan mententeramkan keadaan / suasana semula selepas perhimpunan??

Ingat senang ker tugas PDRM menjaga dan mengekalkan keamanan??
Korang ingat PDRM ni bodoh ker mcm pembangkang??

Apalah puak pembangkang ni. Pemikiran terlalu singkat. Lepas tu puak² yg jenis baca surat khabar Harakah ni pun akan mengangguk shj tanpa usul periksa.


P/s: Nak tau samada puak PAS ni kenal atau tidak penganjur BERSIH, cuba tanya dorg siapa Ambiga..?? Gerenti tak kenal..

Post a Comment

0 Comments