Full Width CSS

Malam Raya Di KL



Ya Allah ramainya umat yg beraya di kL. Ingatkan kL ni tinggal dalam 100 buah keluarga je hehe.


Tadi sy sempat berkunjung dan berjalan-jalan mengurangkan lemak di badan ni. Saya mengunjungi lokasi jualan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman yg terkenal dgn lelongan barangan murah paling dasyat di Malaysia.

Sehinggakan orang-orang daripada sekitar Lembah Klang akan turun sama utk membeli belah di saat akhir.

Syarikat perniagaan Hanifa yg memaparkan 13 Yang DiPertuan Agong Malaysia merupakan salah satu bentuk kempen kemerdekaan.

Idea menjual buah-buahan ni sangat menarik ramai pengunjung yg teruja melihatkan kepelbagaian warna buah-buahan tempatan.

Perghhh mmg dah lama saya tak berkunjung di sini. Kali terakhir mungkin 10 tahun lepas rasanya. Malam ni jgn kata semua peniaga yg berlesen je berniaga tapi semua jenis manusia pun ada berniaga di sini. Cakap apa jenis barang nak beli, semuanya ada. Cuma yg tiada haiwan yg hidup sahaja.

Memang meriah dan havoc kata orang. Yang lebih menarik lagi ialah terdapat ramai pengunjung dari luar negara. Yg sudah pasti ada di situ, warga Indonesia, Bangladesh, Nepal, Myanmar, Vietnam dan negara-negara berhampiran. Ditambah lagi dgn pelancong dari negara-negara Eropah yg tertarik dgn banyak tawaran harga gila-gila.


Lelongan yg paling gila saya lihat tadi adalah jualan..
i) baju kurung = 4 helai RM100,
ii) kasut sukan branded =3 pasang RM100,
iii) baju Melayu = 2 helai RM50.
iv) seluar dalam lelaki (renoma)= 3 helai RM10 hehe

Paling kesian kepada anak-anak kecil yg dibawa oleh ibu bapa mereka ke Jalan TAR. Terhimpit-himpit, panas dan tidak selesa.

Balik dari Jalan Tunku Abdul Rahman, saya menyinggah di Pasar Datuk Keramat. Memang berniat nak tgk bunga api a.k.a mercun yg gempak di sana.


Mula-mula nampaklah kedai jual biskut & cookies. Then booth jual baju-baju raya kemudian perghhhhh terus 'heaven' mercun.



Hah video kat atas ni suasana peniaga membuat pertunjukan 'amal' kepada semua pengunjung. Sesiapa yg berminat nak membeli mercun tetapi ingin melihat bagaimana bentuk mercunnya, peniaga di sini sedia utk menunjukkan demontrasi kpd bakal pembeli. Tapi lepas tu kene beli lah, kalo tak beli mungkin kene baling dgn mercun la kot hehe.

Hajat di hati nak beli mercun tp bila dah ada free show, tak pela hehe..


Apa-apa pun. Saya suka dgn apa yg Malaysia kecapi hari ini. Semoga ia nya terus kekal begini utk selamanya.

Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Raya Aidilfitri~ ;D
Jangan biarkan diri dan keluarga anda menjadi sebahagian daripada statisttik kemalangan jalan raya.

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..