Full Width CSS

1 keluar 50 masuk

EKSLUSIF


Berita daripada Harakah : 1 keluar UMNO

Ketika Umno dan medianya terus-terusan menyerang timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, ketua cawangan Umno cawangan Bentara Kiri, Mohd Nordin Awang menyertai PAS.

Majlis meraikan kemasukan beliau dan penyokongnya itu disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam majlis ‘Selamat Tinggal Umno’.

Sumber : HarakahDaily

Tahniah kepada PAS kerana berjaya mendapatkan seorang bekas Ketua Cawangan UMNO Bentara Kiri.

Ni nak bagi tau skit, dia tu masuk PAS bukan kerana perjuangan PAS tapi kerana nak menghancurkan PAS sedikit demi sedikit. Beliau merupakan ejen UMNO yg dilatih utk memendekkan usia PAS.

Kalo tak percaya, tggu lah nanti ya keh keh keh. Undi tetap kepada Barisan Nasional.

Sekali lagi tahniah PAS !!
__________________________________________________

Berita dari sekutu UMNO : 50 masuk UMNO

Kecewa dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengangkat komunis sebagai wira dalam peristiwa Bukit Kepong, mendorong kira-kira 50 penyokong Pas daripada 10 keluarga di sekitar Kampung Tandop Besar, di sini menyertai UMNO.

Kumpulan berkenaan diketuai Ismail Abdullah, 60, yang lebih 35 tahun menjadi ahli Pas menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada satu majlis di kampung tersebut hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia

Tahniah juga kepada PAS kerana dgn kematangan fikiran Mat Sabu telah berjaya membuatkan 50 orang bekas ahli PAS bertindak keluar parti.

Mungkin ada ramai lagi ahli-ahli PAS yg sedang berkira² utk bertindak keluar dari PAS selepas ini. Mungkin juga mereka akan keluar secara senyap² tanpa pengetahuan PAS dan mungkin juga mereka tidak keluar dari PAS tetapi duduk diam² di dalam parti tetapi mengundi Barisan Nasional nanti.

So terima kasih lah pada Mat Sabu kerana usaha daya beliau mengangkat pejuang Komunis telah menyebabkan PAS kehilangan undi daripada orang Melayu yg mungkin berlainan parti tetapi mempunyai 1 semangat patriotik.

Post a Comment

3 Comments

  1. Ni lah yang dinamakan serangan gerila. menyusup sambil membuat khianat dan kehancuran.

    ReplyDelete
  2. timer bomb for PAS.

    astalavistabebeh

    ReplyDelete
  3. kecian nya nengok nik ajis ..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..