Full Width CSS

Samseng Jalanan Hak Tuihhh~


Lihat gambar di atas - sumber The Sun. Kelajuan yg telah ditangkap menggunakan kamera speed trap Polis DiRaja Malaysia (PDRM) utk Ops Sikap Ke 23.

Bas Ekspres - 130 km/j
Mercedes Benz - 220 km/j
BMW - 240km/j
Myvi - 180km/j

Tak ker gila meroyan PDRM bile tgk kenderaan ni laju tak agak² semasa Ops Sikap dijalankan. Ini mmg takde sikap toleransi atas jalan raya dah. Bila dah kena saman, puaslah dok mintak ampun tak buat lg kononnya. Tak mampu nak bayar saman dan apa-apa lagi lah.

Tapi bawak kete laju-laju mcm pelesit boleh pulak. Apa ingat bawak kete laju² tak perlukan minyak? Mana dapat isi minyak byk² tu? Huhu

Perghhhh..

Saya ingin berkongsi sebuah cerita yg telah terjadi semasa saya dalam perjalanan pulang dari Penang pada malam Jumaat lepas.

fuck samseng jalanan

Kejadian terjadi antara Taiping - Kuala Kangsar highway PLUS pada waktu malam.

Semasa saya sedang memotong di lorong kanan, sebuah kete BMW (lihat pada lampu ketenya) dari belakang dgn laju memberi lampu tinggi pada saya agar memberikan jalan kepada dia.

Di sebabkan lorong kiri masih penuh dgn kenderaan, saya terpaksa drag BMW tersebut sehinggalah terdapat ruang kosong dan selamat utk masuk ke lorong kiri. BMW masih memberikan lampu tinggi berulang kali kepada saya.

Sudah diberikan signal kiri, tiba-tiba si BMW terus memotong dari kiri. Terperanjat dibuatnya dan saya terpaksa mengelak ke lorong kanan semula. Tindakan refleks saya adalah membunyikan hon serta memberi lampu tinggi semula pada si BMW ini. Kerana di dalam kete saya terdapat 2 orang anak saudara, abg dan kakak ipar saya yg sedang tido.

Tindakan saya itu telah menyebabkan si BMW marah dan secara tiba-tiba terus memberika hazard light dan masuk ke lorong kiri semula. Apabila saya memotong dan masuk ke lorong kiri, BMW td berada di belakang kete saya dan memberi lampu tinggi spjg jln.

Si BMW terus mengekori saya sehingga 5 KM jauhnya. Sehinggalah perkara ini disedari oleh adik saya yg mengikuti dgn kete lain. Lantas adik saya terus menghimpit ruang di antara kete saya dan BMW tersebut. Akhirnya si BMW terus mematikan lampu tingginya tapi tetap mengekori kete saya sehingga 10 KM.

Mungkin menyedari tindakannya dilihat terlalu bodoh, akhirnya si BMW tadi terus memecut laju dan hilang dari pandangan mata. Mungkin dah eksiden masuk dalam gaung.

Sikap belagak pemandu-pemandu di Malaysia ini dah tak boleh dibendung lagi dah. Asal saja yg berkenderaan hebat di jalan raya sahaja dibenarkan memberi lampu tinggi pada kenderaan murah spt saya. Saya pun bayar tol dgn harga yg sama, saya juga berhak ke atas lebuhraya tersebut.

Jika diikutkan nombo plat, kete saya lagi SENIOR daripadanya. Kete saya mungkin dah beratus kali berulang menggunakan lebuhraya tersebut berbanding dgn nombo kete si BMW - WUG **** (tak ingt angkanya)

Kepada semua pemandu di luar sana, bertimbang rasa la sesama kita. Semua orang nak cepat sampai ke destinasi tetapi biarlah dalam keadaan selamat. Orang lain pun nak hidup lama. Jgn nanti eksiden sampai melibatkan kete orang yg tak bersalah pulak. Time tu menyesal pun tak guna, pastinya ke penjara dulu.

Post a Comment

0 Comments