Full Width CSS

Mogok Seks

BOGOTA: Wanita di bandar Barbacoas, Colombia mengisytiharkan mogok seks selagi tuntutan mereka supaya jalan raya dibina di situ tidak ditunaikan.

Namun tidak dapat dipastikan bilangan wanita yang mengambil bahagian dan pematuhan sukar dibuktikan.

Mereka mengumumkan pada 22 Jun lalu bahawa mereka tidak akan melakukan hubungan seks bersama pasangan mereka sehingga pihak berkuasa mula membina jalan sejauh 57 kilometer yang menghubungkan bandar dengan 35,000 penduduk dengan ibu negeri wilayah Pasto.

Jurutera tentera memulakan tugas mereka Selasa lalu.

Pembinaan jalan itu akan menjimatkan masa perjalanan sekurang-kurangnya enam jam.

Datuk Bandar Barbacoas, Jose Arnulfo Preciado berkata, isterinya tidur di bilik berasingan semasa mogok seks itu dijalankan. - AP


Ulasan : Haha aduhaii.. sampai mcm ni punya mogok pun ada.. tapi ada baiknya juga utk kebaikan bersama.

Post a Comment

1 Comments

  1. Bleh minta orang ppuan buat perkara serupa di Sabah bah

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..