Full Width CSS

MyKad Semakin Tahun Semakin 'Berkualiti'

Saya agak terbodoh semalam bila menonton berita mengenai pelancaran MyKad baru yg bakal dikeluarkan Januari tahun depan.


Jika tak silap saya setiap tahun pastinya ada berita mengenai pelancaran MyKad bercip versi baru yg diyakini tidak akan diduplicate atau dipalsukan oleh mana-mana pihak.

Tup tup masih juga berlaku kes pemalsuan MyKad nanti. Hah tau-tau je next year lancarkan lagi MyKad versi bru yg sgt 'berkualiti'..

Kerap dikhabarkan kononnya MyKad Malaysia adalah yg TERBAIK, TERCANGGIH & BERKUALITI di dunia. Tetapi pada hakikatnya masih juga ada berlaku masalah pd MyKad spt cip tak berfungsi dgn baik, lapisan MyKad tertanggal, terkoyak dan mcm-mcm hal lg.

Ni saya nak btanya, disebalik semua ini, apakah yg berlaku sbenarnya? Adakah syarikat yg btanggungjawab tak menjaga kualiti MyKad? Tiadakah sesiapa di pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yg menjaga Quality Control (QC).

Atau adakah syarikat yg btanggungjawab mempunyai agenda tersendiri? Huhu tamak barangkali?

Mungkin setiap tahun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan minta laporan mengenai masalah yg saya sebutkan spt di atas td. Laporan dikeluarkan dan diberikan pd JPN kemudian mungkin dlm masa yg sama mereka keluarkan proposal MyKad yg bru kononnya lebih SANGAT berkualiti hak tuih.

Saya percaya para pembaca sekalian juga bersetuju dgn saya.

P/s: Tahun dpn pd bulan November mungkin ada lg kot MyKad versi bru yg bkal dikeluarkan?
Sent via my BlackBerry®

Post a Comment

0 Comments