Full Width CSS

PAS Perlukan Artis

PAS hari ini kian terdesak. Pelbagai pendekatan digunakan utk meraih undi terutama daripada bangsa Melayu sendiri. Dengan bermodalkan program dan aktiviti bersama rakyat serta dihebahkan secara meluas secara tidak langsung membuka mata banyak pihak berkenaan program yg dijalankan.

Pendekatan yg lebih rapat kepada rakyat adalah dengan membawa artis² jemputan utk memeriahkan program mereka. Inilah yg terjadi kpd Zahid AF2 dan juga Amy Search.

Zahid Af2

Amy Search

Penglibatan artis² di atas tidak diketahui samada atas dasar dibayar ataupun sukarela (suka dgn PAS lah) bersama. Tetapi jika diikutkan Zahid tidak pernah umum utk berjinak dgn mana² parti politik. Tp sy percaya, Zahid menerima bayaran utk memeriahkan majlis hehe. Dia dah tak kuar album baru lagi.

Bagi Amy Search, beliau mungkin berminat utk mengenali lebih mendalam Nik Ajis. Arr itu tidak bermakna dia bersungguh join PAS. Tapi kalo dia nak join PAS, takda masalah. Sy skit pun tak kecik hati haha (donlot dari intenet je la lagu baru Amy nanti)

Berlainan dengan artis² di bawah ni, yg mana boleh diklasifikasikan sebagai CONFIRM org PAS. Spt Bob Lokman, Leman Raja Lawak dan Akhil Hayy.

Akhil Hayy ni pun dah nampak spt terumbang ambing di dalam PAS. Mungkin dia sbg seorang penceramah freelancer di dalam PAS dan akan digunakan semasa musim² kemarau PAS dan musim pilihanraya akan datang.

Tp apa yg sy lihat, pastinya suatu hari nanti Akhil Hayy akan meninggalkan PAS. Percayalah..

Si Leman Raja Lawak ni tak tau apa nak cakaplah. Tp mungkin akan dijadikan sbg penceramah di peringkat kampung² utk memujuk dan menipu org ramai dgn lawak serta kelakarnya yg tak berapa nak jadi mcm Amir Raja Lawak tu.

Setakat area Kedah tu boleh cover la kot. Paling jauh pun sampai Padang Besar, Perlis lah.

Bob Lokman adalah di antara penceramah 'pisang panas' PAS. Akan digunakan seboleh mungkin sehingga si Bob ni kurus mcm Tok Guru Nik Ajis. Selepas tu Bob akan diangkat menjadi Mursyidul Am PAS II. Mungkin juga bakal calon pilihanraya akan datang.

Menyalahkan sistem negara ye yg menyebabkan ko terjebak dalam syahwat dunia hahaha.

Penglibatan Pak Jabit ni mmg sudah diketahui ramai. Kalo tgk film Hantu Kak Limah tu, mendengar skripnya pun kita tau dia mmg pembangkang walaupun itu hanya lakonan semata². Tapi lantak lah, yg sy tau dia ni org PAS dan bakal mendapat title Ustaz suatu hari nanti.

Ini artis bernama Renggo daripada kumpulan Arrow. Menurut info, ketika itu Renggo melakukan kejutan dgn menyertai PAS dan menyerahkan borang keahlian kpd PAS. Bagus². Ramai dah artis dalam PAS. Popular gak PAS ni.

Gambar ini diterima, dikatakan sebelah Bob itu merupakan Cico - pelakon yg badan sasa tu pun turut menyertai PAS. Orang kata dia masuk PAS tapi tak sure lah kesahihannya. Kita tgk lah nanti. Mungkin mamat ni pun dah malas nk cite pasal dunia hiburan kot. Insafff~

Ustaz Azmil Mustapha yg didakwa kononnya dia tidak menyebelahi mana² parti politik di Malaysia ini dalam menyampaikan dakwahnya. Tetapi percaturan beliau silap. Jika tidak menyebelahi parti politik masakan tidak perasan bendera PAS yg terletak di hadapan rostrum dan bendera yg berkibar di atas bumbung tu.

Level dia skg ni menyamai Al Fadhil Ustaz Bob Lokman. Kemungkinan besar boleh menjadi Penerangan PAS Pusat.


Mengenai Wardina pula, dia ni merupakan seorang yg agak kompius dgn dirinya serta tingkah laku diri sendiri. Mungkin setelah melakukan sesuatu, dia baru perasan dan menyedari perkara itu salah ataupun tidak.

Malas nak ulas lebih², kang nak menyaman je kejenya hehe.

Ini pula Yassin, bekas penyanyi kumpulan Brother's. Tak dapat dipastikan samada dia pun turut terjerumus dalam kancah politik busuk pembangkang ataupun tidak. Nasib lah, sy tak berapa kisah sangat pasal dorg ni semua.

Tapi apa yg pasti, kita bukan mengejar berapa banyak kuantiti artis yg berjaya dihasilkan dan dikumpulkan di dalam parti. Saya teruja ingin mengetahui apakah sebab musabab penghijrahan artis² ini? Adakah disebabkan rasa ingin kembali popular ataupun sekadar meletakkan diri setanding para 'ustaz' PAS?

Teringat dahulu, PAS sungguh membenci hiburan tanah air kerana semuanya disifatkan sbg maksiat dunia. Tetapi hari ini, anda pikirlah sendiri. Apa yg pasti jumlah artis tidak menjamin kemenangan kpd sesebuah parti tetapi apa yg penting adalah pelan jangka panjang sesebuah parti tersebut adakah ia menguntungkan rakyat ataupun sebaliknya.

Kepada artis² PAS, berjuanglah bersungguh² agar tidak tersesat ataupun terjerumus ke dalam kancah dosa yg bakal menjahanamkan masa dpn anda di akhirat nanti.

Tidak berguna segala amalan serta dakwah yg disampaikan disulami dengan perasaan penuh benci dan dendam kepada org lain dek kerana ketelanjuran yg dilakukan dahulu disebabkan kelalaian diri sendiri. Harus diingat, segala yg berlaku telah mengikut ketetapan Allah. Jgn salahkan segala sistem di negara ini yg menyebabkan anak² menjadi gila~

Post a Comment

5 Comments

  1. Yang terpengaruh dengan Pas nih,.. kerana mereka keliru dengan imej Pas.

    Tak kurang juga yang kecewa dengan kehidupan mreka sendiri.

    mereka fikir dengan menyertai parti Islam maka dapatlah mengubat kegelisahan dalam jiwa mereka.

    Tetapi mereka sebenarnya terpukau dengan retorik dan kepalsuan Pas semata-mata.

    ReplyDelete
  2. Apa jua berlaku PAS tidak boleh survive dalam arena politik. Buang masa ja

    ReplyDelete
  3. semua artis tu dah senja..suam suam kuku..kechewa dan dah tak laku!!!

    ReplyDelete
  4. KESIAN PAS TERPAKSA CARI ARTIS UTK JENAMAKAN SEMULA PARTI

    ReplyDelete
  5. leman dah buka parti baru,apa yg kami jangkakan memang betul.sebelum masuk raja lawak pon beliau bergiat aktif berpolitik,lawak bukanlah satu lonjatan utama beliau,untuk pengetahunan anda leman raja lawak adalah aktivis umno disuatu masa dulu.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..