Full Width CSS

Pemandu Teksi Stress Bukan Kerna Bajet!

Seorang gadis cantik menaiki teksi Pak Mat di hadapan Bkt Bintang. Semasa dalam perjalanan tiba-tiba gadis itu pengsan di dalam teksi Pak Mat.

Lantas Pak Mat menghantarnya ke hospital. Pak Mat sedikit STRESS kerna risaukan keadaan penumpangnya dan terpaksa menunggu lama di hospital.

Doktor yg merawat gadis tersebut mengatakan gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat yg bakal bergelar bapa.

Pak Mat mengatakan bahwa dia bukan ayah kepada bayi itu tapi gadis tersebut beriya mengakui bahawa Pak Mat lah ayah kepada bayi dikandungnya.

Pak Mat bertambah STRESS!

Pak Mat meminta ujian DNA diadakan untuk membuktikan dirinya bukan ayah kepada bayi itu atau sebaliknya. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.

Menunggu hasil ujian membuatkan Pak Mat semakin STRESS!!

Setelah mendapat keputusan ujian, doktor mengesahkan Pak Mat MANDUL sejak dari lahir.

Lega bukan kepalang Pak Mat dengan keputusan ujian tersebut.

Kemudian Pak Mat pun dibenarkan pulang. Ketika dalam perjalanan pulang, Pak Mat memikirkan 3 orang anaknya hasil hidup bersama Mak Minah.

Sekarang Pak Mat benar-benar STRESS!!!


P/s: Anwar mandul ker sondol?
Sent via my BlackBerry®

Post a Comment

0 Comments