Full Width CSS

Tol Nak Dirobohkan Dah

Klik gambar utk suka²

Hah berita baik utk kali kedua kpd pengguna Lebuhraya Hubungan Timur-Barat antara Taman Connaught - Lebuhraya Persekutuan tu.

Hari Rabu ni 12 Ogos 2011, kerja² merobohkan tol tersebut akan dijalankan. So lepas ni boleh lah bawak kete laju². Tak payah berlumba² masuk celah lorong tol tu.

Tapi adakah dgn kerja perobohan ini akan menyebabkan kesesakan di kawasan tu berkurangan? Setiap hari pagi dan petang sure sesak kat kawasan tu.

Kalau anda pengguna LRT setiap pagi pastinya anda akan tersenyum puas melihat nasib pemandu² yg tak bersalah tersekat dlm kesesakan. Kalo lah ada LRT terus ke Cyberjaya kan bagus.

ERL ada tapi mahai lah sampai RM5.30 sehala. Pastu nak naik bas lagi pastu bla bla bla bla.. Tgk pic di bawah.

Klik gambar utk kepuasan maksimum.

Macam used car kan hehe.

KUALA LUMPUR: Syarikat konsesi Lebuhraya Timur-Barat, Kumpulan MTD akan melakukan kerja meroboh plaza tol 4 dan 5 bagi laluan Seputeh-Taman Connaught bermula Rabu ini. MTD, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan untuk itu aliran trafik di kawasan tersebut akan dilencongkan sehingga kerja berkenaan siap pada 11 November.
Sepanjang tempoh itu, pengguna jalan raya diminta mematuhi arahan papan tanda yang akan diletakkan di kawasan berkenaan.
Sebarang pertanyaan boleh dikemuka menerusi talian 03-91732020. Kutipan tol di laluan tersebut dimansuhkan sejak 16 Mei lalu. - BERNAMA

Berita dulu klik di sini

Post a Comment

0 Comments