Full Width CSS

AUKU Tak Perlu Dihapuskan


Saya masih samar-samar melihat keperluan pelajar Universiti & Kolej bergiat dlm parti-parti politik di Malaysia.

Biarpun K'jaan telah berhasrat mengkaji semula Seksyen 15, AUKU. Bagi saya faedah politik bukanlah aspek yg penting dlm kehidupan mereka di kampus khususnya. Walaupun ia bertujuan baik tp tetap ada pro dan kontra nya di situ.

Memang ya diakui, di kampus pun pelajar terlibat dgn parti-parti 'politik' dalaman utk mencari wakil pelajar yg terbaik menjadi ketua ataupun Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menerusi pilihanraya kampus. Tetapi yg harus difikirkan adalah ini bkn keperluan yg dimohon oleh pelajar. Mungkin ada segelintir yg bersetuju dan mungkin ada yg tidak.

Adakah tindakan K'jaan ini merupakan kehendak pelajar melalui survey pungutan suara ataupun terpaksa atas desakan pembangkang?

Cuma yg saya risaukan sekarang ini, byk keputusan yg dilakukan K'jaan hari ini disebabkan berlakunya sesuatu perkara yg berlawanan dgn akta atau undang² tersebut spt perumpamaan 'sudah terhantuk barulah tengadah' maka tergesa-gesalah K'jaan cuba mengkaji akta dan akhirnya akta tersebut pun diubah.

Apa yg saya lihat K'jaan umpama tidak mempunyai kekuatan dan kepandaian yg superb dlm aspek undang-undang negara. Senang bg segolongan pihak memanipulasi undang-undang dan membuatkan K'jaan terpaksa berfikir 2 ke 3 kali.

Ada sesetengah pihak berpendapat kononnya K'jaan menidakkan suara aspirasi orang muda dan apabila pelajar dibenarkan berpolitik kelak, mereka berpendapat inilah caranya utk para pelajar meningkatkan tahap pemikiran yg matang, kreatif, kritis dan keterbukaan terhadap sesuatu perkara.

Siapa yg boleh beri jaminan pelajar akan matang?

Utk berpolitik bknlah atas desakan oleh sesiapa, umpama sukarelawan utk memperjuangkan parti. Bygkan antara 1000 org pelajar, cuma 200 org pelajar sahaja yg berminat dan berkecimpung dgn politik. Baki 800 org pelajar pula memilih utk tidak bergiat dlm politik ataupun tidak berpihak.

Adakah 200 org pelajar td akan membiarkan 800 org pelajar berkecuali ni begitu shj? Memang benar politik tidak dibenar bawa masuk ke dalam kampus tp adakah peraturan tersebut bakal diguna pakai oleh golongan pelajar yg sudah mulai taksub pd parti mereka anuti?

Jawapannya tentulah tidak. Maka hari demi hari, semakin ramai pelajar mula terjebak dgn parti politik dan apa yg paling best ialah parti bakal diutamakan, pelajaran ditangguh dahulu. Berdasarkan pengalaman saya ketika menuntut dahulu, kebanyakan yg terjebak dgn politik luar kampus pasti antara golongan yg terpaksa drop paper, ulang kelas, tak lulus exam (tak nafikan tetap ada gak yg superb results nya).

Itu dulu tp sekarang saya tak tahu lah bagaimana hebatnya otak budak zaman sekarang. Teringin juga tahu.

Adakah keputusan ini dibuat setelah membuat beberapa kajian dan kesannya terlebih dahulu?

Apakah BN sendiri sudah 200% bersedia utk mencari barisan pelapis di dlm Universiti & Kolej?

Dari sudut masyarakat yg menilai AUKU. Mereka berkehendakkan Neutrality University.

Universiti mesti dipandang kpd kebebasan bersuara dan tidak terikat. Pelajar mesti punyai standing dan platformnya tersendiri. Barulah masyarakat boleh bergantung harap pada pelajar dan universiti. Tapi kalo dari dalam kampus pun pelajar sudah mula berpecah dan berpuak², macamna masyarakat nak terima universiti sebagai satu tempat yg melahirkan belia yg menjadi pelapis kpd bangsa dan negara.

Apa² pun keperluan AUKU ini seharusnya ditentukan oleh pelajar itu sendiri. Kita yg diluar ni, jadi penonton lagi baik.

Post a Comment

2 Comments

  1. Ni lah yang ditunggu oleh pengkhianat negara.
    AUKU dibuat dahulunya tentu ada sebab musababnya. Yang jelas sekarang untuk graduan-graduan melayu, pihak syarikat swasta akan ragu-ragu tentang mutu kerja dan masa depan syarikat mereka apabila ambil graduan terutamanya melayu untuk bekerja, kerana mereka tahu orang berpolitik akan selalunya dapat lepas diri apabila tak buat kerja atau kerja kurang bermutu dan selalu kuat sembang. Silap haribulan, syarikat boleh lingkup sebab asyik nak berpolitik saja.
    Orang melayu memang suka berpolitik ditahap melampau. Bila lapar, balik rumah suruh bini masak. Abuk pun tarak.
    Politik adalah prefesion. Berikan kepada orang yang betul-betul nak berpolitik dan tak bekerja makan gaji disyarikat orang lain.

    ReplyDelete
  2. Abu Idris,

    Parti politik Islam tu PAS ke?

    PAS tu parti politik berlandaskan Islam ke?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..