Full Width CSS

Indonesia Masih Berkabung


DI SEBALIK menjadi juara keseluruhan Sukan Sea Jakarta ke-26, dengan 171 pingat emas, rata-rata rakyat Indonesia kecewa seolah berkabung, apabila negara itu gagal mendapatkan emas paling diingini hampir 20 tahun lalu.

Ulasan di akhbar Indonesia semalam, menggambarkan kekecewaan Indonesia, apabila tendangan penalti terakhir kapten pasukan Malaysia, Baddrol Bakhtiar menggegarkan gawang gol, selepas bola terlepas daripada tangan penjaga gol Indonesia, Kurnia Meiga.

Kebanyakan media Indonesia rungsing memikirkan bagaimana ranapnya harapan rakyat negara itu, untuk mengenggam emas pertama bola sepak Sukan Sea dalam tempoh 20 tahun musnah di hadapan hampir 100,000 penyokong pasukan Garuda semasa perlawanan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

“Kami cukup bersedia dari segi teknikal dan mental namun penjaga gol Malaysia telah bersedia untuk tendangan penalti sedangkan saya perlu memaksa beberapa pemain Indonesia untuk mengambil tendangan itu,” menurut jurulatih Indonesia, Rahmad Darmawan kepada akhbar The Jakarta Post.

Ulasan :

Bagi pihak rakyat Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada rakyat Indonesia kerana kekalahan ini. Bukan niat memperkecilkan keupayaan skuad Indonesia tapi sememangnya telah terbukti skuad bola sepak Malaysia jauh lebih unggul dan bersemangat waja.

Jika dibandingkan dgn pasukan Indonesia, misi utk mengalahkan Malaysia lebih kepada misi membalas dendam kesumat sekaligus menidakkan keupayaan skuad negara.

Terlalu banyak bentuk provokasi dan tekanan yg diterima skuad Malaysia tp ia terus dijadikan sbg motivasi kpd pasukan.

Jadilah spt skuad Malaysia, menang tanpa sombong. Kalah tanpa alasan.

MALAYSIA BOLEH!!~


BN - Pilihan Orang Muda

Post a Comment

3 Comments

  1. Bangsa sombong dan haprak memang selalu jauh dari rahmat Allah dalam semua segi.

    ReplyDelete
  2. sgt2 setuju bro.....

    "Menang TANPA Sombong Kalah TANPA Alasan".....ayat keramat ni...

    ReplyDelete
  3. doa orang2 teraniaya diberkati Allah SWT.

    sejak awal, pasukan nasional kita dilayan bagaikan banduan, dicemuh, dikecam dgn teruk. semasa permainan berlangsung, penonton2 indon tak habis2 melemparkan kata2 nista & kemarahan mrk memuncak bila indonesia kalah hinggakan lagu "negaraku" tdk dihiraukan.

    bayangkan jika kita rakyat malaysia yg menonton buat begitu? tapi kita bukan begitu! kita bangsa yg bertamaddun, lebih beradab & suka berbaik2 dgn sesiapa sj.

    bila rakyat indonesia terbiasa dgn semangat yg melampau, mrk gagal menghayati semangat kakitaan dlm asean, semangat hormatkan jiran& semangat kesukanan yg ada. kesian krn mrk melampiaskan semangat yg negatif semasa bersukan. maka negatifla hasilnya!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..