Full Width CSS

Kerajaan PR Hebat, Layak Ke Putrajaya

Melihatkan carta di atas ini, saya mengucapkan TAHNIAH kepada kerajaan² Pakatan Rakyat yg telah dianggap 'sangat' berjaya dalam mentadbir 4 buah negeri ini. Sejak PR berjaya menakluk negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, banyak peningkatan yg dapat dilihat. Kelantan, takyah cite lah dia punya maju, lagi hebat.

PASIR - Pendapatan royalti pasir di Selangor meningkat 100% berbanding tahun 2007. Hebat gila kerajaan Selangor hari ini. Mana tak hebat, habis semua sungai², lombong² dikoreknya setiap hari utk hasilkan pendapatan halal dan haram pada kerajaan Selangor.

Hingga satu ketika, hal mengorek pasir ni sudah sampai tahap serius di Selangor apabila nyaris sebuah jambatan PLUS roboh dan aktiviti ini menyebabkan sungai² tercemar. Inilah dia ketamakkan kerajaan Selangor sehingga boleh mengundang bahaya pada rakyat negeri. Tanah kubur, tak nak pulak dikoreknya.

BALAK - Kepada kerajaan Kedah, tahniah lah jugak kerana berjaya mengurangkan lagi rizab Hutan Simpan Kekal negara. Abes semua pokok² kat hutan simpan sana tu dipotongnya. Habis dah dibotakkan oleh MB Azizan. Lepas ni apa lagi depa nak potong?

Antara ayat terbaik yg keluar dari mulut MB ialah..

"..pokok balak pun berusia juga, lama² akan buruk di dalam. Kalu tak tebang, lama² akan tumbang menimpu pokok² kecil. Bila kita tebang, pokok² lain akan naik balik. Dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan banyak balik hutan kita. Hasil kita dapat, hutan pun kita jaga.."

Ohhh rupanya pokok² yg ditebang tu, tak jatuh atas pokok² kecik la ye. Mungkin apabila ditebang, pokok² tersebut akan terapung² di atas. Barulah saya paham.


MPSP - Keuntungan Majlis Perbandaran Seberang Perai sangat tinggi nilainya. Apa yg menampakkan MPSP kelihatan seperti untung banyak sedangkan ianya merupakan sebuah majlis perbandaran je.


Adakah angka sebelum ini diklasifikasikan sebagai KERUGIAN? Pendapatan ini berdasarkan jumlah kutipan sewaan, seliaan dan tender terbuka je ker atau yg lebih tepat MPSP telah menjual beberapa aset milik MPSP utk memperoleh pendapatan yg tinggi sebegini.

Itu baru soal MPSP, bagaimana pula dgn MPPP? Ada untung atau tidak?

BALAK - Di negeri Kelantan ni isu yg sangat kelakar rasanya. Sama juga seperti di negeri² lain. Saban tahun kos utk sesuatu bahan mentah itu pastinya akan meningkat. Peningkatan harga bahan mentah tersebut bukanlah sekadar RM1 sehingga RM2. Ia meningkat berbelas dan malahan berpuluh kali ganda jadinya.

Jadi sebenarnya isu balak di negeri Kelantan ialah semasa BN memegang tampuk pemerintahan, kerajaan pada masa itu tidak terfikir bahawa sumber kayu balak boleh menjadi pendapatan yg tinggi kepada kerajaan negeri. Jika dijual pun pendapatannya tidaklah selumayan seperti tahun 90 an. Lihatlah perbedaan tahunnya nampak jelas bermula tahun 80 an.

Mungkin pada masa tu PAS sudah tau di mana letaknya lubuk utk mencari kayu balak dan tempat utk dijual. Apabila memerintah, mudah² saja PAS menggandakan pendapatan balak utk negeri Kelantan. Itu tak termasuk dgn pembalakan haram tau.

Balak hilang ker atau sengaja dihilangkan?


P/s: dalam erti kata mudah, kerajaan negeri BN selalu mengikut undang² yg telah ditetapkan dan tidak sesekali menceroboh tanah yg telah dirizabkan sebagai Hutan Simpan Kekal utk digondolkan demi kepentingan sendiri.

Post a Comment

0 Comments