Full Width CSS

Negara Islam & Hudud PAS


Berita lama tapi masih boleh guna.

Husam Musa pernah mengaku agenda negara Islam hanya sekadar idealisme PAS. Agenda negara Islam tidak menjadi sebahagian inti Pakatan tetapi sekadar idealisme ahli² PAS.

"Anda mesti menjadi seorang pemimpin yg bersih, bertanggungjawab, telus dan ini semua preskripsi utk tadbir urus yg juga Islamik. Jika anda tidak mempunyai (asas) ini, anda hanya seumpama pemimpin UMNO," Kata Husam lagi,

"Jika kita membincangkan (isu) PAS sebagai tunjang Pakatan, ia mestilah selepas penerimaan org ramai, bukan dgn cara mendakwa 'PAS sbg tunjang Pakatan'. Tetapi mestilah melalui penerimaan awam, dan inilah juga yg dilakukan oleh Rasulullah."

Ulasan :

Apa yg dikatakan Husam ni betul. Inilah sepatutnya dipraktikkan oleh pemimpin PAS. Tetapi hari ini PAS dah umpama parti cacar marba. Tak terurus dari segi prinsip dan kepimpinan. Termasuklah juga dgn ko Husam. Hari ni cakap lain, esok cakap lain.

Dahulu cita² PAS memang ditabik oleh rakyat termasuk yg berada di dalam UMNO tapi semenjak semangat negara Islam dikuburkan oleh Presidennya sendiri, PAS terus menjadi parti yg berkepentingan sendiri dan kelihatan umpama parti yg tak fokus pada perjuangan.

PAS sendiri hari ini tidak kuat kerana terkongkong dgn pelukan Anwar & Lim Kit Siang. Tidak bebas mengutarakan hasrat parti. Apabila PAS berhasrat menjadikan Malaysia sebagai negara Islam dan bakal melaksanakan hukum hudud. Maka PAS terus mendapat tentangan daripada Karpal Singh kemudian PAS terus diam membisu kerana takut.

Walaupun tanpa tentangan daripada Karpal sekalipun, PAS perlu tahu hasrat tersebut bakal terealisasi jika org² di dalam Pakatan menyetujui niat PAS. Perlu diingat, di dalam Pakatan terdapat ramai kaum Cina berbanding puak lebai² malang.

Saya tak nak ulas panjang kerana terasa diri ini nyaris bodoh dengan permainan pemimpin PAS. Sebenarnya PAS sendiri mengetahui niat utk mewujudkan negara Islam sudah berkubur dan hasrat melaksanakan hukum hudud hanyalah retorik semata-mata.

Hakikat sebenarnya PAS terlalu bodoh dan tamak utk memenangi pilihanraya akan datang. Rela menggadai maruah agama semata-mata mahu dilihat sebagai hero di dalam Pakatan haram jadah.

Agaknya sampai bila pengikut PAS akan terus mempercayai sandiwara lakonan pemimpin mereka?

Post a Comment

4 Comments

  1. dorg ni dah berakar, susah nk cabut akar2 muda ni, liat...jd bila lama2 da tua, dorg dah immune dgn parti dorg, so susah untuk kita katakan dorg akan berubah arah...

    ReplyDelete
  2. Kesian orang Melayu. PAS caca marba. PKR apatah lagi. BN ok bagi muka kat org Cina & India. Orang Melayu nk sokong siapa?

    ReplyDelete
  3. Selagi pimpinan teratas negara dipegang oleh orang Melayu, selagi tu kita boleh meyakini BN

    ReplyDelete
  4. Maaf klau komen sy ni mungkin tak menyenagkn hati owner blog ni tp sy nk tgu sbb awk pun org islam.tau tak hdud tu apa? Tau tak hudud telah trmaktub dlm alquran? Kita org Islam wjib prcya pd ap yg dlm al quran. Hatta se remeh2 kisah zman dhulu pun klau kita tak percaya sbgai contoh kisah psal pengembara yg terperangkap dlm gua..Cuma skdar kisah yg dhulu pun tp klau kita x prcaya maka terkeluar kita dr Islam.bukan sy yg nyatakan hukum brgini tp kamu sndri tau apa tggungjwab kita sbgai org islam utk prcya pd al quran. Sangsi akan hudud atau mmpersenda hudud pun trkeluar ia dr Islam. Mnangguhkn hudud pun dh jatuh fasik.Tak percya? Tnya ustaz la..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..