Full Width CSS

Polis Maut Langgar Lari


Sarjan polis maut dalam kejadian langgar lari di Brickfields
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis terbunuh selepas motosikal dinaikinya dirempuh sebuah kenderaan dalam satu kejadian langgar lari di Jalan Syed Putra berhampiran pusat beli belah Mid Valley, di sini, hari ini.

Sarjan Md Noor Shukor, 57, dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Brickfields, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata dalam nahas pada 7 pagi tadi, Md Noor sedang dalam perjalanan ke Shah Alam.

"Motosikal yang dinaiki Sarjan Md Noor dipercayai dilanggar sebuah kenderaan dari arah belakang sebelum tercampak ke jalan manakala pemandu kenderaan yang belum dikenal pasti itu melarikan diri," katanya.

Mayat Md Noor dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Allahyarham yang berkhidmat dengan pasukan polis selama 34 tahun, meninggalkan balu Noriyati Yaakob dan tiga orang anak.

Jenazah dibawa pulang ke kampung halaman isterinya di Labu, Negeri Sembilan petang ini untuk dikebumikan. - BERNAMA

Ulasan :

Sesapa yg nampak kejadian ni, minta hubungi terus pihak Polis utk memberi keterangan. Bagi keterangan je bukannya kene tangkap.

Sian pada keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah~

Post a Comment

0 Comments