Full Width CSS

Ustaz Bob Lokman Masuk Tabligh


Betul ker Bob Lokman dah mula berjinak² dgn tabligh?

Kalo betul, alhamdulillah tapi kalo tak betul astaufirughallahal-azimmm. Saya tak begitu khuatir jika Bob Lokman ikhlas dan benar² ingin kembali ke pangkal jalan seperti yg didakwanya sebelum terjerumus dalam kancah 'ceramah' PAS.

Itu petanda positif kpd dirinya utk kembali ke jalan yg diredha Allah S.W.T. Tapi barang harus diingat, jika dia menuntut ilmu semata² ingin kembali 'hebat' di atas pentas politik busuk PAS maka tidak bergunalah apa yg dipelajari selama bersama rakan² Tabligh.

Saya sendiri mempunyai seorang pakcik yg cukup rapat di tempat Bob Lokman mendalami ilmu agama iaitu di Masjid Jame' Sri Petaling. Beliau seorang yg sangat aktif dalam hal² tabligh sehingga setiap tahun akan mengikuti ijtimak tabligh tahunan di seluruh dunia. Saya akan cuba cari perkembangan semasa Bob Lokman di sana.

Menurut seorang sahabat saya, Bob Lokman secara sukarela mendalami ilmu agama di sana atas beberapa sebab iaitu pertama, utk melarikan diri daripada waran tangkap JAIS dan yg keduanya ialah sbg persiapan awal utk menjadi penceramah PAS pada pilihanraya akan datang. Boleh keluar banyak dalil² agama utk dipesongkan.

Hehe saya pun agak begitu juga tapi just wait and see lah. Klik sini utk lebih tahu cerita Bob Lokman.

P/s: kalo betul dakwaan tu, maknanya PAS memang secara terang²an menggunakan agama demi kepentingan parti.

Post a Comment

1 Comments

  1. kerja2 Tabligh kerja nabi2,cuma orang yang ikhlas sahaja akan ALLAH pilih.Tapi kalau ada niat lain maka ALLAH akan keluarkan mereka ini dari jemaah seperti kulit kayu manis yang dicampakkan keluar dari nasi biryani..kena ikhlas Bob.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..