Full Width CSS

Adam Adli vs UPSI

Mahasiswa kontroversi, Adam Adli Abdul Halim mendakwa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak mempunyai asas kukuh untuk mendakwanya atas dua pertuduhan yang dikeluarkan universiti itu.

"Saya sudah berbincang dengan beberapa pihak termasuk peguam dan pakar dalam Perlembagaan yang berpendapat, Upsi tidak ada asas untuk dakwa saya. 

Saya akan kemukakan surat kepada Upsi supaya gugurkan dakwaan," katanya ketika ditemui selepas menyertai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) memulakan siri jelajah negara, menyerahkan memorandum dan tuntutan Kebebasan Akademik kepada Kerajaan Negeri.

Memorandum diserah­kan oleh Pengerusi Bebas, Muhammad Safwan Anang kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, di pekara­ngan Wisma Darul Aman.

Adam Adli berkata, pihak universiti telah menghantar surat panggilan hadir perbicaraan pada 9 Januari depan, berhubung kes membabitkan dirinya yang didakwa mencemar nama baik Upsi dan ancam ketenteraman awam.

"Dua pertuduhan itu tidak berasas, apa maksud saya cemar nama baik Upsi, sedangkan saya tidak lakukan jenayah atau ditahan polis. Malah setakat ini, polis tidak ambil keterangan daripada saya," katanya.

Aktivis pelajar yang juga penuntut Upsi ini dikatakan bertindak menurunkan bendera wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi 17 Disember lalu.

Ketika memorandum diserahkan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Adam Adli dikatakan berbuat demikian secara spontan. 


Ulasan:

Mengapa mesti 9 Januari? Tarikh tersebut Adam Adli dan rakan-rakan dah bersiap nak ke Mahkamah Jalan Duta bersempena 'MERAIKAN' kekalahan kes liwat Anwar & Saiful dan mengucapkan selamat jalan kpd Anwar yg akan ke Penjara Sg. Buloh.

Pasal hal tindakan dari UPSI tu. Ni nasihat saya. Dah la dtg belajar tempat orang, kemudian sesuka hati nak tentukan tindakan pengurusan pada ko ye.

Adat nuntut ilmu la der, kenalah ikut peraturan yg dh ditetapkan. Jgn pakat main semborono je anggap undang-undang tak lut pada ko dan dgn angkuh pasang lawyer nak lawan pengurusan UPSI.

Pengurusan UPSI berhak mengambil tindakan tatatertib ataupun menyingkir Adam Adli atau sesiapa sahaja kerana undang-undang UPSI mungkin sudah sedia tertulis mengenai larangan berpolitik terhadap penuntutnya sehingga AUKU dimansuhkan.

Malu lah sikit wahai Adam Adli. Jgn terlalu ego dan angkuh dgn apa yg ko miliki hari ni. Kelak nanti memakan diri sehingga ko menangis lagi.

Jgn lupa ye 9 Januari 2012, Adam Adli dipanggil mengadap di UPSI. Andai kata dia berada di Mahkamah Jalan Duta, pengurusan UPSI dah bleh BUANG terus dia ni.

Post a Comment

5 Comments

  1. Kalau lah DAP yang mentadbirkan UPSI mereka akan terus buang si Adam ini(think like israel and act like israel)

    Kemudian Adam akan ke mahkamah dan UPSI boleh pakai delay tactics dan kes ini akan hanya selesai pada tahun 2020.Jika lah Adam ini menang pun dia telah terlalu tua untuk meneruskan pembelajarannya - mungkin dah dapat kerja tetap sebagai coffee boy mana2 pemimpin yang sudi mengambilnya.

    Malangnya ini tidak akan berlaku kerana orang UPSI dan UMNO memang lembik tindak tanduknya!

    ReplyDelete
  2. mahasiswa kontol besi bukan kontroversi

    ReplyDelete
  3. Dia berani sebab tak sain aggreement kot....

    ReplyDelete
  4. buang! buang! buang!

    dia bukannya nak belajar jadi cikgu yg baik supaya boleh mengajar dgn baik bila keluar nnt tp nak memberontak sepanjang hidup krn sikap yg tidak pernah berpuas hatinya tu!!

    kalau dia benar2 nak jadi cikgu, tentu dia belajar selok-belok pedagogi, metodolgy & etika perjawatan, ikut segala peraturan tempat dia belajar dgn penuh disiplin.

    kalau dia faham etika seorang guru tentu dia tak main redah saja ikut kepala lutut dia...

    dia kena faham 'jika guru kencing berdiri...'

    ReplyDelete
  5. memang bhai tu nk carik nahas. minggu depan musim peksa. kalau sibuk berpolitik, ada masa study? konfem kantoi bro! pilih la bhai, nk kantoi peksa ke, nk kena buang sbb langgar peraturan. auku belum mansuh. sehingga auku mansuh, peraturan tu tetap terpakai... hahaha, boleh jwb. kalau nk korbankan diri kau utk org lain, silakan bhai. moga kau dikorbankan..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..