Tetapi mengapa mereka harus mensia-siakan masa emas yang mereka perolehi itu yang sepatutnya untuk menuntut ilmu bagi bekalan untuk masa depan diri, keluarga dan bangsa dengan perkara-perkara yang nyata tidak berfaedah sama sekali seperti melakukan berbagai-bagai aktiviti protes terhadap pihak kerajaan yang selama ini telah banyak menyediakan bermacam-macam bentuk kemudahan untuk mereka mendapatkan ilmu?
Bukan semua anak-anak muda khususnya lepasan sekolah di negara ini yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi sebagaimana yang diterima oleh kebanyakkan pelajar yang sudah berjaya diterima masuk ke IPTS atau IPTA contoh seperti Adam Adli serta serta mereka yang lain yang menubuh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang kemudiannya bertindak umpama seekor anjing yang tersepit akan menggigit balik tangan orang yang telah membantu melepaskannya dari tersepit.
Di Sarawak dan di Sabah, bukan sedikit jumlahnya mereka yang telah habis belajar di sekolah menengah yang berusaha memohon untuk mendapat tempat di institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam negara ini bagi meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi namun ada yang terpaksa akur dan menerima keadaan apabila gagal di terima masuk atas banyak sebab seperti gagal menerima pinjaman pelajaran dan sebagainya.
Tetapi yang peliknya mengapakah mereka yang sudah berjaya diterima masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi telah menyalahgunakan peluang yang mereka perolehi itu untuk tujuan yang lain sehingga sanggup pula mengabaikan tujuan sebenar mereka sebelum ini iaitu sebelum menjejakkan kaki ke institusi tertentu di negara ini?
Sepatutnya apabila semakin tinggi mereka pergi untuk belajar maka semakin matang dan semakin cerdiklah cara mereka berpikir sebelum bertindak dan bukan sebaliknya...
Sumber : Anak Merdeka
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..