Full Width CSS

Orang Dah Suh Letak Jawatan, Letak Je Lah



Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau tetap mempertahankan hak mahasiswa walaupun mereka mendesak beliau meletak jawatan menerusi memorandum kelmarin. 
Beliau enggan mengulas lanjut mengenai desakan itu dan menyerahkan kepada rakyat menilai perkara sebenar.
“Pada pendapat saya, mereka mempunyai hak berhimpun dan bersuara. Saya akan pertahankan hak mereka ini.

“Saya juga dimaklumkan sebahagian daripada yang hadir itu ialah mahasiswa. Kepada mereka, saya ingin nyatakan kasih saya pada mereka tidak berubah,” katanya dalam satu kenyataan media yang diedarkan di Parlimen, semalam.

Saifuddin berkata, kelmarin, beliau dimaklumkan pegawai kementerian, 350 orang mengadakan perhimpunan aman di pekarangan pejabat kementerian itu.

Bagaimanapun, beliau ketika itu menghadiri program di Batu Pahat, Johor dan Seremban, Negeri Sembilan.
Setiausaha Sulit Kanan, Mohd Nazri Noh yang mewakili beliau menerima memorandum berkenaan dan turut menjemput kumpulan itu untuk berjumpa di Parlimen tengah semalam, namun telah ditolak.

Malah, ketika menghadiri program debat di Universiti Putra Malaysia (UPM) malam kelmarin, beliau berjumpa dengan Presiden Alumni Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah serta beberapa rakannya dan mereka juga menyerahkan memorandum.

“Pertemuan itu berlangsung dalam tempoh singkat sahaja dalam suasana mesra di mana kami bersalaman sambil tersenyum,” katanya.


Ulasan :

Saya kesal dgn tanggapan UMNO hari ini kepada Datuk Saifuddin Abdullah yg dianggap sebagai duri dalam daging kpd UMNO atau dalam bahasa mudahnya adalah VIRUS kpd UMNO.

Tapi dalam kekesalan saya itu, saya bersetuju sebenarnya. Kenapa suara mahasewel SMM, boleh pula Saifuddin dgr tapi suara mahasiswa ASPIRASI, Saifuddin wat bodo. Baca sini, penyerahan memorandum di UPM.

Majlis Tertinggi (MT) UMNO perlu lakukan sesuatu. Jgn tunggu sehingga ia menjadi barah dlm usus UMNO, barulah nk terhegeh² lakukan pembedahan & transformasi dan what ever lah.


Apa pun tak boleh!~

Post a Comment

1 Comments

  1. Sdr Timbalan Menteri, KPT

    Adalah sangat elok jika anda menasihatkan kumpulan pelajar SMM ini supaya belajar baik-baik supaya dapat kelulusan yang cemerlang terlebih dahulu sebelum mencanang sesuatu yang mereka mahukan. Rumusannya supaya mereka tidak jadi seperti anda....

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..