Full Width CSS

RM10 Juta Adalah Betul Seperti Didakwa Nik Nazmi



Umno didedahkan membayar RM10 juta kepada sekumpulan blogger sebagai kempen perang saraf menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad. Beliau berkata, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno, turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ‘tidak menggangu’ blogger berkenaan.

Berdasarkan maklumat diperolehnya, kata Nik Nazmi, kumpulan itu ditugaskan untuk menarik undi kaum Cina bagi menyokong Barisan Nasional, meskipun dengan cara memainkan sentimen perkauman.
“Datuk Najib kian terdesak untuk meraih undi kaum Cina dan ini terbukti apabila beliau memperuntuk sekurang-kurangnya RM10 juta kepada sekumpulan wartawan dari media arus perdana untuk menyerang pemimpin PakatanRakyat menjelang Pilihan Raya Umum akan datang,”

“Malah, SKMM juga sudah diberi amaran agar jangan mengganggu blogger upahan ini walaupun tulisan mereka menimbulkan api perkauman dan agama,” katanya kepada Keadilandaily.com. Beliau difahamkan, kumpulan blogger itu diketuai Setiausaha Media Najib, Tengku Sarifuddin dan bekas wartawan kanan The New Straits Times, Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rockybru.

Menurutnya, peruntukan itu juga akan ditambah dari semasa ke semasa dengan bloggers upahan ini akan mengeluarkan artikel bertujuan menaikkan imej Najib sebagai tokoh yang patut diundi bukan Melayu terutamanya kaum Cina. Beliau bagaimanapun yakin, taktik kotor itu akan gagal malah memburukkan lagi imej Najib.


Ulasan :

Alhamdulillah, pagi tadi masa saya ke ATM nk topap touch & go, punyalah terperanjat tgk baki balance ada lebih RM10k. Mana pulak datangnya ni.

Bila Nik Nazmi keluarkan statement RM10 juta peruntukan tu barulah saya faham. Rupanya duit tersebut dah disalurkan dlm account saya. Tu dia banyak bukan men lagi ar RM10k masuk hehe.

Kalo sapa yg percaya tu mmg sama lah otak mcm puak Pakatan haram. Setakat cakap guna kepala lutut bolehlah. Cuba tunjukkan bukti tu dulu barulah orang percaya. Ini setakat bagi statement fitnah dan kurang matang, budak sekolah tadika pun boleh.

Lagi jahanam parti kalo ada lagi 100 org serupa Nik Nazmi dalam PR kah kah kah. Kecik² tak nak mampus, dah besar ko sibuk dok tabur fitnah. Ni nanti nak mati susah tau kalo dok tabur fitnah kemudian tak minta maaf semula.


Post a Comment

1 Comments

  1. Aku agak ini cuma helah politik
    dari penyangak pakatan tu jer...

    Saja nak laga-lagakan sesama blogger Umno...

    bila dikeluarkan berita ni maka mulalah para blogger berebut-rebut, saling mencurigai..

    Selidik betul-betul,..jangan sampai termasuk perangkap..!!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..