Full Width CSS

Siasat Latarbelakang Kemudian Lantik

Sebelum kita mengakhiri tahun 2011, saya ingin membawa pembaca sekalian utk menonton video yg mungkin telah ditonton beberapa kali oleh pembaca semua.



Dari apa yg pembaca perhatikan di dalam video di atas merupakan lakonan sandiwara Anwar Ibrahim semasa sebutan kes liwatnya pada tahun 1998/1999.

Saya perhatikan, perkara yg paling utama sebelum Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 9 Januari 2012 nanti (mcm confirm je hehe) adalah siapa pengawai Polis dan penjara yg akan mengiringinya sepanjang di dalam sana.

Pihak KDN harus ambil kira akan perkara ini. Jika kita lihat di dalam video di atas, segala perilaku Anwar di dalam wad hospital umpama telah dipersetujui dan dilakonkan dgn jayanya bersama oleh pegawai Polis, dan nurse di situ. Bagaikan ada satu pakatan di antara mereka semua yg terlibat.

Perkara ini perlu diambil serius.

Anwar Ibrahim seperti yg dikenali merupakan seorang yg sangat licik dan dengan mudah memancing sokongan dgn ayat² kesiannya. Perkara ini tidak mustahil akan terjadi jika pegawai yg dilantik nanti, tidak mempunyai ketegasan dalam menjalankan tugas.

Saya dan anda tentunya tidak mahu Anwar Ibrahim terus meracuni minda rakyat Malaysia dgn cerita² seperti sakit tulang belakang, racun arsenik dan pelbagai lagi dakwaan yg bakal dijaja oleh Anwar Ibrahim nanti.

Post a Comment

0 Comments