KOTA BHARU - Hasrat
sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik
mandi sebuah masjid di sini kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh
penduduk kampung.
Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu
asmara berjaya dikesan oleh jemaah sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh, dekat
sini setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan
tersebut.
Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia
60-an memberitahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang
remaja perempuan yang berbaju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan
tandas wanita.
Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik
sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk
mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu.
“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan
jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya.
“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut
dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman
wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya
ketika ditemui di masjid tersebut semalam.
Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri
dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200
meter dari masjid tersebut.
Sumber : Sinar Harian.
Ulasan :
Sebelum kerajaan PAS Kelantan nak melaksanakan undang² hudud. Lebih baik lihat dan baiki moral rakyat di negeri tersebut terlebih dahulu. Kemudian baru try dahulu kuatkuasakan undang² tersebut di sana.
Ramai yg mahu melihat keberkesanan daripada pelaksanakan hudud di sana. Saya tidak memperlekehkan hudud, malahan saya bersetuju dgn undang² hudud. Cuma apa yg rakyat mahukan, adakah dgn ada nya undang² hudud ini ia akan diyakini adil ataupun tidak.
Kalo ada nya hudud ini sekadar nama sahaja, lebih baik lupakan. Tetapi kalo kewujudan hudud ini menjadi satu platform yg kuat membimbing rakyat ke jalan yg baik, ia sangat dialu²kan.
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..