Full Width CSS

Anwar & Yahudi : Menarik Dibaca


Akhirnya Anwar Ibrahim sendiri mengaku bahawa dia mahukan formula ‘two state solution’(formula dua negara) ketika menjawab isu Wall Street Journal (WSJ), 26 Januari 2011 yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
“Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai ‘Two-State Solution’
Petikan di atas adalah jawapan Anwar sendiribertajuk ‘Jangan putar belit kenyataan demi menghambur fitnah’.
Ini sebahagian Jigsaw Puzzle Games untuk mengenali siapakah Anwar Ibrahim.
Di sini juga bermulanya kotak pandora.

Blogger Jebat Must Die menjawab siapa sebenarnya yang putar belit dan siapa pula yang menabur fitnah.
Katanya, jawapan Anwar yang ditujukan kepada masyarakat Malaysia selepas terdedah isu tersebut tidak sama dengan apa yang diucapkannya khusus kepada masyarakat antarabangsa seperti dilaporkan WSJ.
Katanya lagi, ini sekaligus mengesahkan laporan The Economist 2009 yang menggelarkan Anwar Ibrahim sebagai seekor binatang sesumpah atau ‘chameleon’ yang boleh bertukar warna mengikut keadaan dan tempat.
Dan benarlah seperti kata sahabat setahanan ISA, Ibrahim Ali, memang sikap Anwar, apabila tersepit, dia akan bersandar kepada orang lain untuk menutup pekung di dadanya.
Bersandar Pada Orang Lain
Kini Anwar sudah tidak kekuatan sendiri, kecuali hanya bersandar pula kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Katanya, Anifah Aman pun sama dengannya, sokong ‘Two State Solution’.
Anifah menjawab, Anwar telah memfitnahnya untuk menyelamatkan diri. Katanya, konteks yang dikemukakan Anwar yakni mendahului Israel, tidak sama dengan kontek yang dikemukakannya yakni mendahului Palestin semasa di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
“Saya ingin menegaskan kerajaan Malaysia tidak pernah menyokong tindakan Israel seperti dijelaskan, malah telah bersama-sama masyarakat antarabangsa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas melanggari perundangan antarabangsa.
“Seperti yang kita ketahui, kenyataan Anwar di Dewan Rakyat pada Mac 2010 yang menuduh konsep 1Malaysia ditiru daripada konsep regim Zionis Israel telah membawa kecaman daripada pemimpin-pemimpin Yahudi.
“Dengan kenyataan yang dibuat oleh Anwar di Wall Street Journal itu, jelas sekarang di mana letaknya prinsip dan pendirian beliau berhubung isu Palestin dan saya yakin rakyat akan dapat membuat penilaian mereka sendiri,” kata Anifah dalam kenyataan medianya, semalam.
Anwar pula seperti dilaporkan wartawan WSJ, Shibani Mahtani lebih memfokuskan sokongan kepada Israel dan mengkesampingkan isu Palestin.
WSJ, 26 Jan melaporkan dalam wawancara bertajuk “Malaysia’s Anwar Presses On Despite Appeal“, Anwar telah berkata; “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians
Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan Negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.
Anwar ketua pembangkang Malaysia mendahului kepentingan Israel, sedangkan Anifah, Menteri Luar Malaysia mendahului kepentingan Palestin.
Perbezaan paling ketara antara kedua tokoh itu, Anwar mengiktiraf konsep Negara Israel, sedangkan Anifah tidak mengiktirafnya.
Kedua, Anwar sudah bermain dengan andaian melampau iaitu ‘ada hasrat untuk membuka hubungan diplomatik dengan Israel sedangkan Anifah tidak pernah membuat andaian seperti itu, kerana beliau tahu kedudukannya hanya sebagai Menteri Luar dan bukannya individu yang sering bermimpikan untuk menjadi Perdana Menteri.
‘Two State Solution’
Isu berkenaan ‘Two State Solution’ bukan baru, malah sudah didedahkan sejak laman AIDC dibina sekitar April 2008.
Pencetus idea ‘Two State Solution’ adalah badan yang ditaja George Soros, ICG (International Crisis Group), di mana Anwar juga salah seorang anggotanya.
Anwar Ibrahim turut dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa ICG pada 30 Jun 2006, ketika menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthony’s College, Oxford, UK yang di bawah kawalan Chris Pattern, kroni Soros.
Anwar sendiri mengaku turut hadir dalam mesyuarat ICG di Vancouver, Kanada, pada 23 Mac – 24 Mac 2007, ketika membincangkan isu Israel/Palestin.
Menurut kenyataan media ICG bertarikh pada 26 Mac 2007, cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Israel/Palestin dengan mengikuti resolusi yang telah diputuskan oleh UN Security Council resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David peace accords (1978), the Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia) yang bermatlamat mengiktiraf sebuah Negara Israel yang sah serta diiktiraf oleh seluruh dunia, termasuk dunia Islam.
Anwar Ibrahim satu-satunya individu muslim yang berada dalam mesyuarat itu bersetuju dengan konsep ini.
Ini cara halus, badan tajaan Soros untuk mendapatkan status sebuah ‘Negara Israel’ dengan berselindung di sebalik solusi ‘Two State Solution’.
Usul ICG adalah mencadangkan kerajaan Palestin (yang dipimpin oleh Abu Manzir/ Mahmoud Abbas dari Fatah) bekerjasama dengan Hamas supaya bersetuju menerima kemerdekaan Palestin, tetapi syaratnya mesti iktiraf Negara Sah Israel.
Isu utama adalah keselamatan dan Negara Sah Israel.
Nama Anwar Ibrahim turut tercatat sebagai individu Islam yang bersetuju pengktirafan sebuah Negara Israel. Klik di sini
Kenyataan media yang dikeluarkan oleh ICG pada 26 Mac 2007, memutuskan beberapa perkara penting untuk menyelesaikan krisis tersebut, antaranya;
Pertama, mengesa dunia Islam membuka diplomatik dengan negara Israel, termasuk membuat lawatan ke negara tersebut.
Kedua, menggesa semua pihak mematuhi The Quartet yang diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan mencadangkan ‘two state solution’ iaitu mengiktiraf ‘dua negara’, Israel dan Palestin sebagai sebuah negara sah.
Resolusi ICG ini dipersetujui oleh kesemua anggota ahli mesyuarat yang hadir, antaranya; Lord Patten (Pengerusi bersama), Thomas R. Pickering (Pengerusi bersama), Gareth Evans (Presiden), Morton Abramowitz, Kenneth Adelman, Anwar Ibrahim, Shlomo Ben-Ami, Kim Campbell, Maria Livanos Cattaui, Wesley Clark, Carla Hills, Stephen Solarz, George Soros dan lain-lain.
Rentetan daripada mesyuarat itu, pada 10 Oktober 2007, ICG sekali lagi meneruskan usaha apabila bergabung dengan dua lagi badan pemikir Amerika Syarikat iaitu United States Middle East Project (USMEP) dan New America Foundation/American Strategy Program, menghantar surat lobi menyokong usaha Presiden Bush dan Condoleeza Rice supaya diadakan satu rundingan di antara Israel dan Palestin, yang kemudiannya dikenali sebagai Annapolis Summit.
Dalam surat lobi kepada Presiden Bush itu, ICG, USMEP dan New America Foundation mencadangkan agar kerajaan Amerika Syarikat mengutamakan konsep ‘two state solution’ iaitu sebuah negara Israel dan Palestin yang sah, Jerusalem menjadi ibu kota kedua negara dengan kawasan kejiran Israel akan menjadi milik Israel, manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin.
Annapolis Summit
Steve Clemons, dari New America Foundation yang turut sama terlibat menandatangani surat sokongan kepada Presiden Bush turut mendedahkan satu-satunya tokoh Islam dari Asia Tenggara yang menyokong Annapolis Summit itu adalah Anwar Ibrahim dari Malaysia.
Bukti pembabitan nama Anwar yang didedahkan oleh Steve Clemons itu, klik di sini dan di sinidan di sini
Nama Anwar Ibrahim diletakkan sebaris dengan JOHN McLAUGHLIN, bekas Timbalan Pengarah CIA.
Selain pendedahan Steve Clemons, ICG,USMEP dan New America Foundation turut menyebarkan di internet penama-penama yang menyokong usaha Annapolis Summit dalam bentuk PDF di prospectsforpeace.com dan druckversion.studien-von-zeitfragen.net.
Nama Anwar Ibrahim tercatat dalam kedua-dua PDF tersebut. Klik di sini dan di sini
Pada 27 November 2007, Presiden Bush telah menganjurkan Annapolis Summit atau The Annapolis Conference di United States Naval Academy, Annapolis, Maryland, Amerika Syarikat dengan menjemput wakil Palestin, Presiden Mahmoud Abbas, dan wakil Israel, Ehud Olmert (Perdana Menteri Israel) bersama-sama mencapai ‘perdamaian’.
Namun usaha Annapolis Summit itu menemui kegagalan kerana ditolak oleh majoriti rakyat Palestin yang tidak mengiktiraf Mahmoud Abbas sebagai wakil mereka. Negara-negara Islam yang lain seperti Iran dan Syria turut menolak perjanjian yang lebih menguntungkan Israel itu.
Anwar’s Apology Tour

Dua tahun lepas, episod paling menyayat hati Anwar. Dia marah apabila B’nai B’rith International, pertubuhan Yahudi tertua di Amerika Syarikat mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar.
Ini gara-gara keceluparannya membangkitkan isu APCO di parlimen Malaysia.
“Tak ada anti Yahudi..saya dah ulang kerana ini bukan soal anti Yahudi”, kata Anwar ketika ditanya oleh wartawan Mstar, adakah beliau anti -Yahudi ketika membangkitkan isu APCO di Malaysia. Klik di sini
Dengan perasan sayu Anwar berkata, “Saya sudah menjangka serangan (dari kumpulan Yahudi) APCO, bahkan telah menghantar surat rasmi ke ICG mengatakan yang saya anti-Yahudi”.
Menyedari kedudukannya tergugat, maka Anwar merancang satu misi memohon maaf ke AS yang pihak Barat gelarkan sebagai ‘Anwar’s Aplogy Tour’.
Jackson Diehl dari The Washington Post lapor memang Anwar betul-betul melutut kepada Yahudi untuk memohon maaf.
Salah satu program dalam ‘Anwar’s Aplogy Tour’ adalah berucap di Woodrow Wilson International Center (WWIC).
Video rakaman hujah Anwar yang diletakkan di sini (kanan-bawah) perlu difahami betul-betul kerana itu asas mengenali Anwar khususnya dalam konteks hubungannya dengan Yahudi.
Peserta bernama Stanley Kober dari Cato Institute yang bertanyakan Anwar berkenaan tuduhan anti-semitik yang dilemparkan kepadanya:
Soalan : Baru-baru ini, saya membaca satu jurnal yang mengkritik anda (Anwar) kerana telah mengundi di Parlimen Malaysia untuk menyokong usul mengkritik Israel berkaitan insiden flotila. Jadi, saya ingin bertanya anda kenapa anda menyokong usul tersebut ?
Jawapan Anwar : “Perdana Menteri Najib (yang) telah mengemukakan usul tersebut, mengkritik tindakan kejam negara Zionis Israel. (Saya dan) Pihak pembangkang, (sebenarnya) rasa sangsi, (untuk) menyokong resolusi tersebut.
“Tetapi saya fikir, secara umumnya, rakyat Malaysia tidak mempunyai pandangan yang kompleks, seperti soalan yang dikemukakan. Sebagai contoh, sentiasa terdapat kekeliruan di antara istilah Yahudi, Israel dan Zionis, di mana kesemuanya dilihat sebagai satu.
“Tetapi ramai di kalangan kami(Anwar dan pakatan Rakyat?) sedar bahawa tidak perlu untuk bersikap anti-Yahudi, anti-Semitik kerana sama seperti perkauman.
“Saya fikir, saya mempunyai hak untuk menyatakan seperti apa yang telah kita nyatakan sebelum ini. Banyak contoh, seperti menentang rasuah di dalam Pentadbiran PLO pada masa lalu.
“Saya mewakili (International Crisis Group?) telah memberikan pendapat mengenai “Two State Solution” (penyelesaian dua negara), bagi konflik Palestin – Israel.
Jawapan Anwar di atas nampak seperti berbelit-belit tetapi dapat dirumuskan bahawa yang anti semitik adalah PM Najib dan bukan dirinya. Kata Anwar, Najib yang kemuka usul tersebut dan menuduh Israel kejam, dia hanya menyokong kerana terpaksa, hakikatnya Anwar mengaku dia sangsi dengan usul tersebut tetapi terpaksa menyokong juga.
Adakah Anwar anti semitik ? Anwar jawab tidak. Dia telah menjawab berkali-kali sebelum ini bahawa dia bukan anti semitik kerana dia menyokong “two state solution” (Pengiktirafan Dua Negara Sah iaitu Israel dan Palestin).
Malah Anwar turut mengkritik korupsi dalam PLO (kumpulan Fatah) yang menyebabkan cadangan ‘two state solution’ gagal.
Maknanya, memang sah Anwar adalah penyokong Negara Israel melalui slogan ‘two state solution’.

Sumber : AIDC

Ulasan :

Dalam erti kata lain.

Pada awalnya Anwar mempengaruhi Yahudi semata² utk menjamin keselamatan dan hidupnya dlm proses menjatuhkan kerajaan Islam BN.

Lama kelamaan, Yahudi mula mempersoalkan mengapa kerajaan M'sia masih tidak digulingkan. Yahudi mula mengugut Anwar dan kini akan kian tersepit dan terkepit dgn 'ancaman' yg diwujudkan Yahudi terhadap dirinya.

Dalam masa yg sama, di Malaysia. Anwar dikecam kerana berfikiran ala² Yahudi dgn mempersoalkan undang² homo yg kononnya lapok di M'sia dan pelbagai lagi. Sebab itu, Anwar sanggup buat apa saja asalkan cita² Yahudi dapat dilaksanakan.

Contoh mudah.

Mat Sabu membuat pinjaman dari Ah Long. Bila tiba masanya, Mat Sabu tak mampu nak bayar. Ah long pula ganggu dan ugut nak bunuh keluarga Mat Sabu. Kemudian Mat Sabu pun mula lah bertindak melulu tanpa fikirkan kesan atas tindakan tersebut spt merompak, memeras ugut dan apa² saja asalkan keluarga dia tidak diganggu atau dibunuh oleh Ah Long.

Gitulah ceritanya.


Post a Comment

1 Comments

  1. mula2 kawan , jadi rakan , jadi tempat mengadu , akhirnya tempat meminta bantuan .

    minta bantuan kewangan , maklum PKR bukan ada duit sanggat , dibantu juta2 ..ratus juta , oleh siapa ? oleh rakan2 luarnya yahudi dan zonis .

    tiada free dlm bantuan , ada beri mesti ada hulur balik , Anwar menabur janji mengatakan dia akan jadi PM malaysia , dia akan balas budi mereka , jagan susah jgn risau!

    betapa ramainya ditipu Anwar , bukan kita dalam negara saja , tapi rakan2 luar negaranya pun ditipu , sekarang Anwar tersepit , janji tak menjadi ..cita2 tak kesampaian , umur semakin meningkat , masa semakin suntuk ,rakan2 luarnya mula menagih janji , kalau tak Anwar kena hadapai apa saja kemungkinan!

    agama dan negara jadi gadaian, tak ada apa lagi perkara sebagai modal hayat politik, apa nak jadi jadilah , yang penting aku selamat!

    semoga laknat keatas anwar !! dulu kini dan selamanya sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..