Full Width CSS

Bercita² Tinggi Tidak Salah

PATNA: Polis menahan seorang lelaki kerana cuba mencuri sebuah kereta api ekspres gara-gara niatnya untuk memberikannya sebagai ‘hadiah Tahun Baru’ kepada teman wanitanya.
Lelaki terbabit, Ketan Kumar, 25, menaiki Ekspres Amrapali 15708 ke Katihar dari utara India, Amritsar pada malam tahun baru dan mengacu pistol ke kepala pemandu ketika mengarahkannya memberhentikan kereta api berkenaan.


Kejadian berlaku pada pukul 8 malam waktu tempatan. Apabila pemandu, Janardan Paswan enggan mematuhi arahan berkenaan, Kumar menyerangnya dengan memukulnya menggunakan pistol terbabit, kata polis. 

Penumpang kereta api yang mendengar bunyi bising bergegas membantu. Mereka bergelut dengan Kumar dan membelasahnya sebelum menyerahkannya kepada anggota polis yang ditugaskan mengawal kereta api. 

Polis kemudian mengambil keterangan Kumar dan disumbat dalam penjara selepas itu. 

“Shah Jahan membina Taj Mahal sebagai memperingati isterinya, Mumtaz Mahal. Oleh sebab itu, saya mahu mengambil alih enjin kereta api berkenaan dan memberikannya sebagai hadiah kepada teman wanita saya tetapi polis menghalang rancangan saya,” kata pemuda itu kepada pihak berkuasa. 

Kumar juga enggan mendedahkan nama teman wanitanya. “Saya tidak akan dedahkan nama teman wanita saya,” katanya selepas digari dan terus membantah tindakan polis menahannya. 



Ulasan :

Lain orang lain caranya menyatakan perasaan kasih dan sayang kpd pasangan. Ada yg sanggup mengeluarkan ribuan malahan jutaan ringgit utk mengukuhkan lagi ikatan cinta tu dan ada juga yg jenis sanggup utk melakukan apa saja tanpa mengeluarkan sejumlah wang dan mempunyai perasaan nekad melampau² spt lelaki dalam cerita di atas.

Begitulah ragam manusia di seluruh dunia.

Di Malaysia pun tak terkecuali dari ragam seorang manusia yg mempunyai cita² menjadi Perdana Menteri tetapi tidak kesampaian. Bukan kerana kelayakkannya tetapi disebabkan rakyat tidak memilihnya. Dek kerana tidak mendapat tempat di hati rakyat, maka apa yg dia lakukan adalah dgn menabur pelbagai fitnah dan tohmahan kpd seluruh dunia mengenai keburukan kerajaan yg dikatakan MAHAzalim terhadap dirinya.


Sedangkan sudah secara terang²an diri tu banyak mempunyai masalah moral tetapi dia tetap berkeras mahu menegakkan kondom yg basah. Disebabkan atas rasa mencari publisiti dan desakan utk menjahanamkan negara maka dia tanpa segan silu menyeru seluruh Malaysia agar datang memberi sokongan peribadi terhadap dirinya.

Jelas kini keselamatan dan keharmonian rakyat Malaysia sekali lagi bakal diperjudikan demi menaja cita² seorang manusia yg bernama Anwar Ibrahim

Mempunyai cita² tinggi seperti 2 orang lelaki di atas tidak salah tetapi cara pelaksanaannya perlulah betul dan mengikut landasan yg boleh diterima. Selagi ia tidak melanggar undang² dan tidak mengetepikan keselamatan umum, maka org seperti itu masih boleh diterima dlm masyarakat.





Post a Comment

0 Comments