Full Width CSS

Blogger Pakatan Minta Back Up Anwar



PENULIS lihat Datuk Seri Anwar Ibrahim keseorangan dalam mempertahankan isu berkaitan dengan melindungi keselamatan Israel yang disebut dalam temuramahnya dengan The Wall Street Journal pada 26 Januari.

Komponen-komponen dalam Pakatan Rakyat sama ada membisu atau mengambil jalan selamat dari mengulas lebih lanjut tentang isu ini. Paling mengecewakan ialah PAS yang bukan setakat tidak menyokong malah membiarkan jentera pemudanya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang langsung tidak membantu malah memburukkan lagi keadaan.

Penulis dimaklumkan dalam satu mesyuarat tertutup yang diadakan baru-baru ini, Anwar secara terbuka telah mengkritik pemuda PAS atas kelantangan mereka mengulas isu tembual beliau tersebut, jauh dari konteks sebenar.

Kepimpinan PAS perlu berbuat sesuatu dengan sayap pemudanya yang masih terikat dengan perjuangan PAS yang ‘lama’. Mentaliti pemuda PAS hari ini tidak berbeza langsung dengan dahulu walaupun banyak yang telah berubah dengan penyertaan PAS ke dalam Pakatan Rakyat.



Tapi sikap Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) yang berterusan mendiamkan diri juga tidak boleh diterima akal.

Dalam konteks Malaysia, hubungan dengan yahudi ini sangat kritikal apatah lagi bila Anwar digambarkan akan ‘melindungi keselamatan Israel’ oleh UMNO jika mengambil alih Putrajaya dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Justeru sesuatu perlu dibuat bagi mengelakkan perkara ini terus menerus mengurangkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN di negara ini



Sumber : Malas nak tulih la


Ulasan : Gila betui la dorang ni. Musuh Islam nombor 1 pun nak dijadikan kawan. Lepas tu benda yg terang²an sudah terkandung dalam AlQuran psl negara haram Israel ni. Dorang dari zaman dulu dok bunuh orang Palestin sampai la ni. 


Bodoh piang betul lah kalo masih ada orang dalam Pakatan yg tak sedar akan hal ni. Anwar tu dah OUT of control. He's doing something utk selamatkan diri dia saja. Israel dah mula mintak Anwar selesaikan 'hutang dan janji²' lama.


Sekarang Malaysia pun dia nak jual pada Israel. Sedarlah sebelum terlambat. Janganlah kita menjadi sebahagian daripada pengkhianat dan penghancur keamanan negara tercinta ini.

Post a Comment

3 Comments

  1. ABA (Asalkan Bukan Anwar) atau pun ABAI (Asalkan Bukan Anwar Ibrahim)

    ReplyDelete
  2. Salam Ziarah,

    Mohon ehsan untuk buat pautan blog di blog saudara. I've done yours.

    http://assassincyber.blogspot.com

    Tq.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..