Full Width CSS

Negeri Mana Penerima BR1M Terbanyak?

Sehingga ke hari ini, negeri yang mempunyai penerima terbanyak Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ialah negeri Selangor iaitu hampir 13% daripada jumlah keseluruhan penerima.


Bagaimanapun dari segi peratusan isi rumah, Kelantan merupakan negeri terbanyak penerima BR1M iaitu sebanyak 84% daripada keseluruhan jumlah isi rumah.

Kedua²nya negeri Pembangkang hmmm..

Menurut Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak semasa menjawab pertanyaan di Dewan Rakyat semalam. Sehingga 1 Mac 2012, sebanyak 4.78 juta permohonan BR1M telah diterima semenjak pendaftaran BR1M dibuka pada 10 Disember 2011.


Daripada jumlah tersebut pula, sebanyak 972,000 atau 20% permohonan tidak berjaya. Antara alasan penolakkan tersebut ialah

i- permohonan bertindih atau telah wujud,
ii- maklumat pemohon, pasangan dan tanggungan tidak lengkap
iii- pendapatan isi rumah melebihi RM3,000
iv- pemohon terdiri daripada pembayar cukai pendapatan.

"Rayuan tamat 15 Mac ini tapi kita akan tambah sedikit masa lagi supaya semua kes (rayuan) diteliti sebaik-baiknya".- DS Najib

Jumlah pengagihan keseluruhan BR1M sehingga 1 Mac 2012 adalah sebanyak RM1.92 billion. Sebanyak 3.8 juta isi rumah menerimanya.


BN Bagus!~

Post a Comment

0 Comments