Full Width CSS

Mari Mengenali @khalid_ibrahim Si Kaya Raya






Istana Khalid Ibrahim tiga tingkat di Jalan Setia Bistari 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Rumah yang berharga berjuta ringgit ini, sebahagian besarnya dibuat dengan kayu cengal, merbau dan keras yang lain, yang diukir secara teliti dengan tangan oleh tukang tukang mahir yang didatangkan khas dari Terengganu.

Fakta-fakta mengenai Khalid Ibrahim yang orang perlu tahu ialah : -

1. Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, 61, mantan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd. dan CEO PNB kini diperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Ijok 28 April.


2. Khalid, merupakan Pengerusi PKR Selangor bukanlah seorang yang baru dalam arena politik. Beliau pernah bertanding dalam UMNO Bahagian Kuala Selangor pertengahan 90an dahulu untuk merebut Ketua Bahagian tetapi gagal.


3. Khalid kini sinonim dengan golongan kecewa dalam politik, mencari sekutu bersama Anwar Ibrahim dan mereka yang senasib seperti Dato’ Kamarul Bahrin dan Dato’ Nalla Karupan.


4. Selepas PNB, Khalid menjadi Pengerusi Kumpulan Guthrie Bhd. dan pembelian-oleh-pengurusan (MBO 5% saham Guthrie pada nilai asas (par). Ini bermakna, Khalid dibenarnya mengambil alih saham Guthrie bernilai pasaran RM 50 juta tanpa membayarnya (dibiayai penuh pihak ketiga) dan diberikan moratorium untuk opsyen lain.


5. Apa yang dinikmati oleh Khalid lebih banyak dari personaliti personaliti lain yang menjadi tunggak perintis PNB seperti Tan Sri Mohd. Desa Pachi dan Allahyarham Tun Ismail Mohd. Ali.


6. Peluang mendapat kekayaan ini tidak termasuk saham saham terbitan syarikat syarikat yang ingin disenaraikan diBursa Malaysia (masa itu KLSE). yang diperuntukan sebagai penglibatan pelabur / pemegang saham Bumiputra. Khalid dikatakan menguruskan agar sebahagian dari saham yang diperuntukan untuk Bumiputra (selebih dari yang mana diambil (subscribe) PNB) di’faraid’kan (private placement) kepada dirinya (melalui wakil wakil tertentu), termasuk menguruskan pembiayaanya sekali.


7. Khalid berpeluang menjadi jutawan kaya dari seorang pengurus professional yang hanya makan gaji dengan sebuah agensi Kerajaan. Kekayaan ini menyebabkan Khalid mampu menyediakan rumah umpama istana tiga tingkat di Jalan Setia Bistari 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur ini. Rumah yang berharga berjuta Ringgit ini, sebahagian besarnya dibuat dengan kayu cengal, merbau dan keras yang lain, yang diukir secara teliti dengan tangan oleh tukang tukang mahir yang didatangkan khas dari Terengganu.

8. Di Guthrie:- Khalid menguasai Guthrie sebagai pemegang saham minoriti, (ketika itu nilai pasaran saham terbitan dan berbayar berjumlah melebihi RM 1 billion), tetapi kerana kesefahaman PNB membelakangi beliau sebagai Pengerusi Eksekutif, Khalid berlagak umpama ‘tuan punya’ Kumpulan Guthrie dan seolah olah berkuasa mutlak.

9. Khalid seorang pemimpin yang “bongkak dan angkuh”. Keangkuhan pengurusan beliau terserlah apabila beliau membuat banyak keputusan sendiri, tanpa mendapat persetujuan Lembaga Pengarah Kumpulan Guthrie, termasuk untuk keputusan keputusan strategik. Ini menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak senang pengurusan tertinggi diperingkat PNB. Namun begitu, tiada tindakan diambil kerana Khalid dilihat sebagai ‘orang Anwar Ibrahim’ (masa itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan).


10. Guthrie banyak membuat pinjaman dan hutang baru dalam zaman pengurusan KhalidProjek projek yang dikira sebagai pet project Khalid seperti Bukit Jelutong, Guthrie Corridor dan pembukaan ladang kelapa sawit di Indonesia banyak mendedahkan Guthrie kepada hutang, sehingga melebihi RM 1 billion dan hampir menyamai modal berbayar syarikat. Antaranya, ialah penerbitan kertas kommersial kompliant syariah yang dinamakan ‘Sukuk’, ditaja-urus oleh HSBC Amanah merupakan satu sejarah dalam kewangan Islam diperingkat antarabangsa. Khalid amat berbangga dengan ini dan kerap menengahkan kejayaan ini.

Dipercayai ini dilakukan Khalid dengan sengaja agar harga saham Guthrie boleh ditingkatkan dan EPS meningkat. Perancangan Khalid adalah agar beliau boleh mengambil 10% opsyen saham Kumpulan Guthrie dengan nilai par dan kerana saham ini akan di’lonjak’ ketahap harga tinggi, maka beliau boleh mendapat pembiayaan untuk skima yang berkepentingan peribadi ini.


11. Malangnya, perancangan ini gagal direalisasikan dan moratorium yang PNB berikan kepada beliau menjadi matang.


12. Selepas Anwar tidak lagi berkuasa, ‘perlindungan’ keatas Khalid lenyap. Oleh kerana pengurusan Khalid di Guthrie makin meruncing dan membebankan syarikat dan banyak keputusan unilateral yang dibuat Khalid makin disedari, makan pada tahun 2003, PNB menetapkan Khalid membayar penuh opsyen selebih 5% saham Guthrie yang beliau pada asalnya ingin miliki. Kegagalan ini juga memberikan peluang agar Lembaga Pengarah Guthrie mengundi beliau di’turun’kan dari kedudukan Pengerusi Eksekutif yang sangat berkuasa itu.

13. Kini Anwar mengunakan Khalid sebagai kuda tungganganya menerajui DUN Ijok.

14. Ketika kempen pilihanraya kecil DUN Machap, Tan Sri Khalid minum arak dulu sebelum berucap. Tak percaya suruh dia bersumpah. Tanya juga Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Selepas minum arak barulah beliau boleh berceramah dengan baik. Percaya tak ketika berkempen Tan Sri Khalid tak boleh beri salam dengan baik. Malah salam Tian Chua menyebut Assalammualaikum Waramatulllah hi wabarkatuh lebih baik daripada Khalid Ibrahim.

15. Kini Tan Sri Khalid merupakan seorang Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Dengar ceritanya, Tan Sri Khalid tidak berfungsi langsung membantu rakyat yang mengundinya. Sebaliknya tugasan tersebut telah 'diserah'kan kepada Pemuda UMNO Bandar Tun Razak yang diketuai Datuk Rizalman Mokhtar, seorang anak tempatan.


16. Terpulang kepada pembaca sekalian menilai kebaikan dan keburukan yang terdapat pada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Masih mahu beri peluang atau tutup saja karier politiknya.



Twitter : @REZQEENHILL
Bbm : 23C29857
Emel : reezqeenos@gmail.com



Post a Comment

0 Comments