Full Width CSS

Azmin Ali Diserang Dari Dalam Parti Sendiri



Membaca twitter YB Batu, Tian Chua yang mengatakan bahawa Raja Petra Kamarudin (RPK) telah dibayar oleh UMNO & BN untuk menjatuhkan YB Gombak, Azmin Ali membuatkan saya tertanya-tanya dimana logiknya dakwaan bahawa RPK mahu membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan Azmin Ali semata-mata. Azmin Ali hanya individu dan jika benar ramai yang termakan cerita RPK tentang rasuah yang dibongkarkan, kesannya terlalu kecil kepada Pakatan Rakyat.


Tambahan pula, laman portal RPK, The Malaysia Today lebih banyak (99%) menceritakan keburukan kerajaan BN dan parti UMNO.

Tetapi jika Azmin Ali tersingkir akibat serangan bertali arus ini, yang paling untung adalah pemimpin-pemimpin PKR sendiri yang selama ini banyak menyimpan dendam terhadap Azmin Ali. Umum mengetahui bahawa ramai kalangan pemimpin dan wakil rakyat yang bertanding atas tiket PKR bertindak keluar parti selepas pemilihan PKR yang memperlihatkan dominasi kumpulan pro Azmin Ali menang besar. Mereka ini lebih kenal siapa sebenarnya Azmin Ali.

Apa yang dapat saya mahu nyatakan disini ialah, Azmin Ali menjadi sasaran dari kalangan pemimpin dan ahli PKR sendiri. Tuduhan terhadap UMNO hanya sekadar menutup kisah sebenar. Tian Chua tahu dan ramai yang tahu tetapi hanya berdiam diri bagi memesongkan perhatian rakyat terhadap masalah dalaman PKR.

Jika benar pendedahan RPK itu mainan politik UMNO, sudah tentu dokumen-dokumen itu didedahkan oleh kumpulan blogger pro-UMNO sendiri dan dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia. Tetapi kenapa RPK dan The Malaysia Today menjadi pilihan ?

Tidak ramai yang punyai kebolehan mengatur strategi sedemikian rupa. Sepengetahuan saya antara yang berkebolehan ialah Pengarah Strategik PKR yang kita tahu punyai cita-cita yang cukup tinggi.


Sumber : Minda Hijrah



Twitter : @REZQEENHILL
BBM : 23C29857
Email : reezqeenos@gmail.com  

Post a Comment

0 Comments