Full Width CSS

Rancangan Anwar Ibrahim Pajak & Jual Negara

Saya menerima kiriman email dari seorang pembaca yang menggelarkan dirinya Save Malaysia. Dalam email tersebut, pengirim memohon saya untuk berkongsi dengan semua para pembaca yang dikasihi sekalian.



Artikel di bawah ini menceritakan bagaimana Anwar Ibrahim merancang untuk menjual negara ini atas nama demokrasi kepada kuasa asing.

Pelan 1
-Himpunkan rakyat seperti di Perhimpunan Bersih sebelum atau selepas PRU
-Naikkan semangat rakyat supaya membenci pemerintah
-Merusuh di jalanan

Pelan 2
-Kerajaan berjaya ditumbangkan
-Mohon bantuan asing (IMF, NED dan World Bank) untuk develop negara semula
-Hutang tak terbayar
-Gadai negara

Plan 3
-Anwar & Family sudah berada di negara lain
-Malaysian still in Malaysia tapi hidup seperti hari 13 Mei 1969

Di sini disenaraikan beberapa negara di dunia ini yang telah dibeli dengan menggunakan cara dan kaedah yang serupa iaitu DEMOKRASI. Antara negara² tersebut Panama, Nicaragua & Haiti yang telah dibeli dengan menggunakan pengaruh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), National Endowment (cagaran ataupun pajakan) of Democracy (NED) dan juga Bank Dunia.

Di atas ini hanyalah beberapa nama yang disebut sebagai penama yang bersama Anwar Ibrahim merancang membeli negara tercinta ini. Mungkin ada beberapa lagi badan² dunia yang turut terlibat secara tidak langsung. Satu soalan saya untuk pembaca sekalian tanpa mengira baju parti masing².

Adakah pembaca ingin membiarkan campur tangan asing dalam isu permasalahan rakyat dan kerajaan?

Saya tidak pasti apakah jawapan di minda para pembaca sekalian tapi saya yakin jawapannya pasti tidak sama sekali. Mengapa Malaysia perlukan campur tangan asing untuk menentukan ke mana arah kerajaan Malaysia ingin bawa?

Adakah dengan campur tangan asing, arah tuju negara akan lebih mudah dipacu ataupun negara Malaysia akan mendapat kelebihan berbanding negara² lain?

Saya perlukan kurang dari 3 minit untuk para pembaca sekalian menonton video di bawah ini.




Malaysia sebuah negara yang kaya dengan sumber alam dan sejak dari dulu lagi negara ini menjadi perhatian kuasa besar dunia mencari bahan mentah di sini. Keduanya ,perkara yang dicemburui negara luar ialah kepelbagaian bangsa, bahasa, budaya dan agama yang boleh hidup secara aman dan harmoni di sini. Manusia tidak pernah terlepas daripada perasaan cemburu dan iri hati, tak kisahlah sama ada dia lelaki ataupun perempuan, orang Melayu ataupun kaum lain, kulit cokelat ataupun kulit putih. Itu perkara normal.

Tapi fokus utamanya di sini ialah mengambil alih pemerintahan negara dengan cara demokrasi kononnya padahal rakyat bakal ditipu hidup² Anwar tanpa sedar. Agenda yang dibawa Anwar Ibrahim jauh lebih besar berbanding yang kita lihat hari ini.

Saya percaya sekiranya ditanya kepada Anwar apakah prinsip Rukun Negara, pastinya Anwar akan tergagap² menjawabnya.

Save Malaysia From Anwar Ibrahim


Twitter : @REZQEENHILL
BBM : 23C29857
Email : reezqeenos@gmail.com

Post a Comment

0 Comments