Full Width CSS

RM520 Baucar Tayar Teksi Masih Tak Cukup?


Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak akan menyempurnakan pelancaran pemberian voucher RM520 kepada pemandu teksi dari seluruh negara yang dianggarkan sekitar 66,000 orang di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Jun 2012 (ahad). Voucher tersebut diberikan khas untuk golongan ini membeli dan menukar tayar kenderaan kepada yang baru.

Skim pemberian voucher ini diberi nama Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma). Memang khas untuk teksi² seluruh Malaysia. Teksi sapu tak termasuk dalam program ini tapi kalo nak datang memeriahkan majlis, mai je lah.

Mungkin bagi sesetengah pihak beranggapan ini adalah satu helah ataupun strategi kerajaan untuk mendapatkan sokongan dari pemandu-pemandu teksi seluruh negara. Bak kata Anwar Ibrahim, ini merupakan gula-gula politik dari kerajaan.

“Kalau mahu empat tayar, sokong UMNO. Mahu permit teksi, kamu sokong Pakatan Rakyat.  Insya-Allah,” - Anwar Ibrahim.

"Confirm dapat empat tayar dengan UMNO. Sokong Pakatan Rakyat belum tentu dapat pandu teksi kelak, confirm," - Rezqeen Hill

Namun tidak semua pemandu teksi beranggapan pemberian sumbangan dari kerajaan ini sebagai gula-gula pilihanraya semata-mata. Ia lebih kepada penghargaan dari kerajaan kepada pemandu² teksi seluruh negara yang juga merupakan 'duta kecil' untuk perlancongan dalam negara. Saya merasakan banyak pemandu teksi yang bersetuju dengan usaha kerajaan yang dilihat lebih positif ke arah membantu meringankan beban rakyat.


Pendapat Timbalan Presiden PAS, Mahfuz Omar yang menyifatkan pemberian voucher RM520 ini masih tidak mencukupi untuk pemandu² teksi membeli 4 bijik tayar. Sebab sekarang ini, terdapat pelbagai jenis teksi yang beroperasi di atas jalan raya. Tapi di sini, saya quot kan sebijik tayar untuk teksi standard, harganya seperti di bawah..

RM130 sebijik
RM130 x 4 bijik = RM520

Mahfuz Omar dok pikiaq RM520 masih tidak memadai dan meminta kerajaan mengkaji semula cadangan tersebut. Dalam masa yang sama juga si Mampos Mahfuz Omar meminta kerajaan memahami kehendak dan keperluan pemandu teksi yang mahukan permit diberikan berbanding sumbangan tayar tersebut.

Saya beranggapan Mahfuz Omar mungkin baru terjaga daripada lena yang panjang ataupun memang berlagak poyo untuk menjadi hero taik kucing kepada pemandu² teksi yang masih menggunakan permit syarikat. Pada tahun lepas, kerajaan telah mengeluarkan sebanyak 30,000 permit teksi kepada pemandu² teksi sewa. Namun dalam tempoh tersebut, kerajaan terpaksa membekukan sementara pemberian permit² teksi atas beberapa faktor.

Aduan Pengguna
Rungutan dari pengguna yang teraniaya kerana pemandu tidak berdisiplin dan mematuhi peraturan jalan raya semasa memandu. Juga terdapat pemandu yang mengenakan kadar tambang yang melampau-lampu dan tidak mengikut meter. Dalam erti kata lain 'menyembelih' penumpang.

Duta Perosak
Terdapat juga kes di mana pelancong asing dikenakan cas semahal RM50 untuk jarak kurang 5 km daripada Bukit Bintang ke KLCC. Itu antara contoh di mana pemandu teksi yang merupakan duta kepada perlancongan negara telah merosakkan imej bersih Malaysia. Sedangkan boleh dikatakan pemandu teksi di seluruh negara telah diberi latihan @ kursus Mesra Malaysia yang dikendalikan Kementerian Pelancongan Malaysia dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).


Disiplin Pemandu
Ada juga terdapat pemandu teksi yang tidak langsung mengendahkan peraturan yang telah ditetapkan SPAD yakni mematuhi syarat pemakaian pemandu, keadaan (condition) kereta, membuat tawar menawar luar teksi dan juga memilih penumpang. Juga terdapat kes² pemandu teksi menghalau penumpang keluar kerana kurang senang berbicara isu² semasa serta berlainan ideologi politik.

Di atas ini adalah antara punca² mengapa kerajaan menerusi SPAD terpaksa membekukan sementara pemberian permit teksi kepada pemandu teksi permit syarikat. SPAD kini sedang menjalankan kajian dan penguatkuasaan secara menyeluruh terhadap mutu serta kualiti perkhidmatan di dalam negara.

Skop kajian yang dinamakan Pelan Penambahbaikan Teksi itu merangkumi pelbagai aspek seperti menentukan tahap keseimbangan permintaaan & penawaran perkhidmatan dan juga mengenalpasti potensi penggabungan kelas lesen bagi memastikan tahap penggunaan teksi yang optimum.

Namun atas dasar tanggungjawab sebagai kerajaan tanpa memilih bulu maka semua pemandu² teksi yang mempunyai permit sendiri ataupun permit syarikat boleh mendapatkan voucher tersebut dengan cara mendaftarkan diri dan mengisi borang Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) dan dihantar ke Pejabat SPAD.

Langkah kerajaan memberikan bantuan TR1Ma ini juga bertujuan mengumpul seberapa banyak maklumat pemandu² teksi dari seluruh negara agar satu kajian kemungkinan skim perlindungan khas melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) atau skim lain bagi menjaga kebajikan pemandu teksi.

Kita tak mahu cakap banyaklah dengan Pembangkang hari ini.

Saya cabar andai Pembangkang boleh membantu 66,000 pemandu teksi seluruh Malaysia dengan memberikan sebijik tayar pada mereka sebagai tayar ganti !!!

Saya cabar juga kerajaan PAS Kelantan memberi bantuan yang serupa menggantikan 3 roda beca yang berada di Kota Bharu sana tu. Nasib mereka tak terbela oleh kerajaan negeri. Ada juga penarik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Masih terdapat juga mereka yang tidur beralaskan kerusi penumpang beca dan beratapkan bumbung beca.

UMNO - We Walk The Talk
PR - They Just Talk Only

Twitter : @REZQEENHILL 
BBM : 23C29857 
Email : reezqeenos@gmail.com  

Post a Comment

2 Comments

  1. RM520 kira cukup sgt, bukan semua 4biji tayar tukar, kalau pun tukar 2biji depan, faham faham ja perangai manusia tak pernah bersyukur, masa tak dapat semua tak betul, merungut sana sini, ada keling taxi cakap..Anwar bilang kalau dia jd PM dia kasi semua taxi free lesen & permit, walhal permit kita boleh apply individu, cuma terpulang kalau kita nak join company atau sendiri. RM520 kalau tak cukup apa salah tambah sikit duit poket, kalau nak sabotaj ni cina cina DAP punya kedai Tayar, ehmmm orang melayu juga jadi mangsa.

    ReplyDelete
  2. Salam tn blogger,

    Mohon sudi kiranya link blog aloqlaloq.blogspot.com ke blog handal tuan ini. Tk.

    Aloqlaloq

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..