Full Width CSS

@n_izzah Santa Clause Rupanya Di Lembah Pantai


agak geli hati bila Nurul Izzah dan kuncu-kuncunya dengan sinis menyifatkan Dato Raja Nong Chik sebagai Santa Claus di Lembah Pantai. Beliau digelar Santa Claus kerana telah banyak berjasa kepada penduduk Lembah Pantai dengan memberikan pelbagai bantuan dan kemudahan demi kesenangan penduduk Lembah Pantai.

Kalau kawan-kawan masih ingat, pada bulan Ramadhan tahun 2011 yang lepas, Fahmi Fadzil, Setiausaha Politik Nurul Izzah turut mengadakan sidang media merengek kononnya Dato Raja Nong Chik terlalu banyak meluangkan masanya di Lembah Pantai dan memberi pelbagai bantuan untuk penduduk Lembah Pantai.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca di sini.

NURUL IZZAH KECUT TELUR TENGOK BAYANG RAJA NONG CHIK


Dato' Raja Nong Chik bersama Datuk Mohamed Rahmat, Menteri Penerangan ketika itu, meredah banjir bagi membantu mangsa-mangsa di Lembah Pantai. Inilah bukti bahawa Dato' Raja Nong Chik memang dah lama membantu penduduk Lembah Pantai.

Pada aku, ini sebenarnya petanda bahawa Nurul dan kuncu-kuncunya tergugat dengan kerja keras Dato Raja Nong Chik yang tak henti-henti dari dulu sampai sekarang. Dato Raja Nong Chik, selaku Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai telah lama bersama-sama dengan penduduk Lembah Pantai sejak dari dulu lagi. Beliau bukannya calon paracut seperti Nurul yang datang tanpa diundang dan terus mendabik dada kononnya beliau pejuang Lembah Pantai.

Cemuhan Nurul dan kuncu-kuncunya juga membuktikan bahawa Nurul sebenarnya tidak ikhlas untuk membantu penduduk Lembah Pantai. Sekiranya dia benar-benar mahukan penduduk Lembah Pantai dibela, mengapa dia marah bila Dato Raja Nong Chik membantu penduduk Lembah Pantai? Nampak sangat Nurul lebih suka penduduk Lembah Pantai menderita daripada dibantu Kerajaan BN.

Kerana itulah isu-isu yang menguntungkan penduduk ditentangnya habis-habisan. Sebagai contoh, isu pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi. 432 keluarga telah bersetuju untuk dibangunkan semula kawasan berkenaan, cuma 34 orang sahaja yang tidak bersetuju dek hasutan Nurul. Dan hak 34 orang inilah yang kononnya diperjuangkan Nurul sehingga membawa masuk samseng Cina, India dan juga Adam Adli yang sebelum ini tak pernah menjejak kaki ke Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi untuk merusuh dan mencetuskan kekacauan.

Sebenarnya Nurul Izzah lah yang lebih sesuai digelar Santa Claus.

Mengapa? Sebab Santa Claus ini adalah lambang perayaan Krismas.

Eh, apa kena mengena Nurul Izzah dengan Krismas?


Lupa ke, tahun lepas kan Nurul Izzah dengan bangganya mengajak semua orang untuk hadir ke majlis perayaan Krismas di Bangsar dengan aturcara utamanya “wine masterclass”.

Jadi, kalau nak sangat promosi acara minum arak dalam perayaan Krismas, maka Nurul Izzah ni dah sah-sah  lebih sesuai jadi lambang perayaan Krismas, sebiji macam Santa Claus!!

Apa kecoh-kecoh ni Santa Claus Nurul Izzah?

Sumber : Apa Kecoh²

Post a Comment

0 Comments