Full Width CSS

PAS Tak Berkenan @drwanazizah Bertanding PRU13

Dr Wan Azizah, Presiden PKR sedang dipolemik apakah dia patut bertanding dalam PRU 13 nanti atau tidak.


Beliau hanya hilang kelayakan bertanding kerusi Parlimen kerana mengikut peraturan seorang anggota Parlimen yang meletak jawatan tidak layak bertanding lagi dalam tempoh lima tahun. Tetapi ada halangan bagi bertanding di peringkat DUN.

Justeru banyak pandangan menyokongnya kiranya beliau bercadang untuk bertanding di mana-mana negeri. Jika beliau hendak bertanding Selangor adalah negeri menasabah kerana ia tidak jauh dari kediamannya di Kuala Lumpur.

Beliau boleh berada di kawasannya bila-bila masa dan tidak jauh bagi pengundi untuk pergi ke rumahnya bila perlu.

PKR Selangor secara terbuka memberi laluan kepadanya kiranya beliau mahu dicalonkan di situ. Banyak pakta sokongan yang dirasakan beliau boleh menang.

Sekali pun dia diberi kawasan yang mudah menang tetapi saya kira elok beliau tidak bertanding supaya beliau dapat menumpukan perkhidmatan di bidang lain bagi mengukuhkan partinya dan melebarkan pengaruhnya dalam masyarakat umum.

Perlu difikirkan kira Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim diperkenan menjadi Perdana Menteri, maka banyak masanya terpaksa diberikan kepada peranan sebagai isteri Perdana Menteri. Banyak kegiatan sosial yang tidak politik yang terpaksa diberi perhatian.

Seorang isteri Perdana Menteri lebih elok bebas dari ikatan politik walau pun politik itu tidak boleh dipisahkan 100 peratus daripadanya. Dia adalah pembantu pertama kepada Perdana Menteri dalam rumah dan dalam bidang social. Kadang-kadang terpaksa mewakili Perdana Menteri dalam perkara tertentu apabila Perdana Menteri berhalangan.

Dalam keadaan seperti ini bilau perlu dibebaskan dari tanggungjawab lain seperti ADUN Wakil Rakyat sekarng bertambah banyak tugas dan dikehendaki banyak masa menangani kawasan pilihanraya dan rakyat yang diwakili. Dikhuatiri dia tidak cukup masa untuk ADUN dan untuk kerja rasmi isteri Perdana Menteri.
Dan jangan lupa Dr Wan Azizah ada Presiden Partinya. Ia juga satu tugas besar yang tidak dapat diambil ringan. Dengan kedudukan itu dia akan isteri Perdana Menteri yang paling banyak tanggungjawab dibandingkan dengan lain-lain isteri Perdana Menteri sebelumnya.

Tanggungjawab itu tidak ada pada lain-lain Perdana Menteri. Jika boleh kita mahu dia melepaskan pimpinan parti itu supaya dia dapat membuat kerja lain. Tidak bijak kita menyarankan supaya menyerahkan saja tugas itu kepadaa suaminya, mungkin ada kebijaksanaannya dia terus di situ.

Sebagai ketua parti, maka kita mahu dia tidak mengurangkan tugas pimpinan dalam parti. Dia mesti menjadi Presiden yang fungsional, tidak brtugas sambil lewa disebabkan tugasnya banyak dijalankan oleh suaminya. Walau pun Anwar menjadi Ketua Umum tetapi Presiden ada tugasnya yang besar.

Sebagai ketua parti dia kena banyak mengembara bagi menyelia dan memantau pemimpin parti semua peringkat dan bedampng dengan seramai-ramai anggota parti.

Dari sudut yang lain telah ada dua anggota keluarganya menjadi wakil rakyat iaitu suaminya dan anak sulungnya Nurul Izzah. Dua itu sudah dikira lebih bagi satu keluarga. Tetapi kalau sampai tiga orang, maka ia sudah dikira terlalu ramai. Dalam politik demokrasi, tidak wajar ada lebih wakil rakyat dalam satu keluarga.

Mungkin dalam masa tertentu dan pada peringkat membangunkan parti tidak berbangkit kerja parti berlegar pada satu dua keluarga, tetapi apabila parti itu sudah berkembang dan kuat, maka banyak baiknya jawatan politik kepartian itu dikendali oleh sebanyak-banyak keluarga.

Post a Comment

1 Comments

  1. Pergi MAMPOS lah Si Pemaksiat dan Keluarga nya sekali!!

    PKR Parti Haram Jadah!!

    PAS Parti Haram seHaram2 nya!!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..