Full Width CSS

Insiden Monorel Satu Pengajaran Berguna Untuk Semua Pihak @MyRapidKL


Rentetan daripada kejadian Monorail terkandas tempoh hari di Brickfields yang telah mengakibatkan 2 orang mangsa pengsan akibat panik.

Baca sini, berita insiden Monorel rosak.
Baca sini, kenyataan akhbar dari pihak KL Monorel berhubung kejadian tersebut.

Sebagai sebuah yang bertanggungjawab kepada insiden Sabtu lalu, KL Monorel telah menghantar wakil mereka untuk menziarahi mangsa-mangsa yang pengsan di rumah mereka.

Di bawah merupakan cerita mangsa semasa kejadian berlaku.

 Puan Nur Afiqah Ghazali dan suaminya, Husni Abdul hamid 

“Keadaan sememangnya panas dan sesak. Dan, kami saling memberi semangat sesama kami sementara menunggu bantuan sampai. Saya bersyukur suami saya berada di sisi saya ketika itu,” kata Afiqah, yang mengandung lima bulan.

“Alhamdulillah, segalanya selamat … doktor mengesahkan kandungan saya selamat,” tambah Afiqah ketika dikunjungi hari ini oleh rombongan KL Monorel di rumahnya di Kuala Selangor bersama-sama dengan suaminya.
“Rancangan kami membeli belah pada hari Sabtu lepas terbantut kerana insiden itu. Tetapi, semua urusan membeli-belah itu telah kami selesaikan semalam,” kata guru berusia 25 tahun itu, yang ditemui hari ini selepas pulang daripada mengajar SRJK (Tamil) Ladang Kampung Baru, Kuala Selangor.

Dalam insiden yang berlaku Sabtu lepas berdekatan dengan Stesen Monorel Tun Sambanthan, Afiqah dan suaminya serta 181 penumpang lain terkandas dalam tren monorel yang berhenti tiba-tiba selepas kehilangan kuasa. Mereka kemudiannya dibawa turun dalam satu misi menyelamat oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.


Afiqah dan dua mangsa lain termasuk Cik Rosita Aggraeni Lufti yang pengsan dalam insiden berkenaan, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

“Di hospital, saya terus dimasukkan air kerana saya mengalami ‘dehydration’ … mujur tiada perkara buruk berlaku,” kata Afiqah kepada wakil KL Monorel,  Puan Masnizam Hisham yang mengetuai rombongan menemui beliau di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Berwajah ceria, Rosita, seorang pengguna tegar pengangkutan awam di Lembah Klang, berkata bahawa tidak banyak yang dapat beliau ceritakan tentang insiden berkenaan.

“Saya dalam perjalanan ke Bukit Bintang untuk hantar baju yang syarikat saya sewa … tiba-tiba tren berhenti, sejurus selepas itu lampu padam dan ‘air-con’ mati … keadaan panas dalam tren dan orang pula ramai.

“Saya mengalami kesesakan nafas dan saya pengsan … sedar-sedar saya sudah berada di hospital,” Rozita, yang terus menerima intravena air sebelum dibenarkan pulang beberapa jam kemudian.

Sementara itu, Masnizam juga memberitahu bahawa KL Monorel telah menubuhkan satu jawankuasa siasatan bebas dalaman untuk menyiasat dengan lebih lanjut tentang kejadian berkenaan.

Menurut beliau, untuk tujuan itu, tren yang terbabit kini dikuarantin dan siasatan itu dijangka selesai awal bulan depan.

“Hasil siasatan ini akan kemudiannya dikemukakan kepada SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat),” tambah Masnizam.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Azhar Ghazali
Pengurus Hal Ehwal Media Prasarana
019-3837865

Haliza Hamid
019-2210058

Alhamdulillah, inilah sifat betanggungjawab yang perlu ada dan diterapkan kepada pemberi perkhidmatan. Apabila sesuatu perkara terjadi yang melibatkan kerugian kepada sebelah pengguna maka pihak syarikat tidak berkira untuk menyatakan permohonan maaf sebagai tanda ikhlas dan silaturahim antara KL Monorel dan pengguna.

Saya puji tindakan KL Monorel yang sanggup mencari dan refund semula tambang mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut. Bomba dan Penyelamat juga dipuji kerana tindakan menyelamatkan mangsa.

Tahniah.

Lihat video di bawah semasa kejadian berlaku.

Post a Comment

0 Comments