Full Width CSS

Kerajaan Selangor Kerah Penjawat Awam Berdemo Malam Ambang #Merdeka55 #JanjiBersih


Hebat juga kerajaan negeri Selangor yang mengeluarkan surat pekeliling meminta setiap jabatan kerajaan negeri menghantar sekurang-kurangnya 50 orang wakil ke perhimpunan ambang Merdeka di Dataran Shah Alam malam ni.

Untuk info, pengisian program malam ambang Merdeka ini dipenuhi dengan ceramah-ceramah 'motivasi' daripada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya. Ini merupakan program pertama dalam Jelajah Merdeka Rakyat jahanam jadinya.

Itu saja pengisian dan yang Khalid Ibrahim mampu buat untuk rakyat negeri Selangor. Saya terlalu kasihan melihat penjawat awam di Selangor yang tertekan kerana terpaksa mengikut rentak tarian dan nafsu Anwar Ibrahim.


Malam ini juga, Anwar Ibrahim akan membuat show off kali pertama dengan bas dua tingkat serbagunanya.

Hebat bukan?

Lagi bertambah hebat apabila bas tersebut katanya ditaja oleh kerajaan Selangor kepada Anwar Ibrahim yang merupakan Penasihat Kerajaan Negeri Selangor. Wahhhhhh gila mantap ar Anwar boleh dapat macam-macam daripada kerajaan negeri ini walaupun merupakan Ahli Parlimen negeri Pulau Pinang.

Baca lagi di sini berkenaan bas milik Anwar Ibrahim.

Post a Comment

0 Comments