Full Width CSS

#Bajet2013 : Inflasi Kekal Rendah, Kos Sara Hidup Ditangani. PR Tak Sentuh Bab Ni

Kadar inflasi di negara ini kekal rendah iaitu 1.4 peratus pada Ogos 2012, namun masih perlu dikawal berikutan peningkatan harga komoditi makanan kerana pelbagai faktor global.


Menurut Laporan Ekonomi 2012/2013 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, penyumbang utama peningkatan harga itu ialah kenaikan harga input pertanian, kemarau, banjir, sumber terhad, persaingan penggunaan komoditi bagi biobahan api dan pertambahan penduduk.

Justeru, kerajaan menyediakan banyak kemudahan dan peruntukan untuk meredakan inflasi dan mengimarahkan kehidupan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan 40 peratus terendah dan kelompok lain yang paling terjejas.

Dalam meringankan kos sara hidup, inisiatif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan jumlah keseluruhan RM2.2 bilion disalurkan kepada 4.3 juta keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Bantuan persekolahan sebanyak RM100 juga diberikan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah, manakala baucar buku RM200 pula diberi kepada 1.2 juta pelajar tingkatan enam, matrikulasi, institut pendidikan tinggi awam dan swasta dengan masing-masing berjumlah RM545 juta dan RM244 juta. -

Post a Comment

0 Comments