Full Width CSS

Pelakon Innocense Of Muslims Ditipu Pengarah Atau Takut Diserang?

Penerbitan filem Innocence of Muslims mendapat tentangan hebat dari seluruh dunia dan tidak terkecuali di Malaysia juga turut mendapat tempiasnya. Sehingga kini, filem tersebut telah diharamkan di dalam Youtube dan keadaan menjadi lebih teruk apabila duta Amerika terbunuh dalam tentangan oleh umat Islam yang marah.

Meh baca sedikit cerita mengenai Pengarah nya.

Wajah Sebenar Pengarah Innocence of Muslims | Sebuah filem anti-Islam yang disebut menghina Nabi Muhammad, Innocence of Muslims, sehingga membuat pejabat Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Mesir dan Libya, Yaman dan lain-lain diserang, dan menyebabkan Duta AS di Libya dan kakitangannya terbunuh ketika itu.

Orang yang bertanggungjawab dalam kejadian ini Nakoula Basseley Nakoula, 55 yang telah menyebabkan semua umat Islam di dunia ini marah akan tindakan kejinya itu.

Filem yang berjudul “Innocence of Muslims”, dihasilkan dan diarahkan oleh Nakoula yang juga dikenali sebagai Sam Bacile, seorang Israel-Amerika yang merupakan peniaga, yang menyebut Islam sebagai “cancer”. Filem ini dibuat di California, diedarkan melalui Internet yang menggambarkan susuk Nabi sebagai gila seks, bodoh, dahagakan darah dan sebagainya.



Dalam gambar ini kelihatan dia bersama artis yang membintangi filem amatur itu, Anna Gurjiyang berperanan sebagai Khadijah dalam filem keji itu. Dia mengatakan dia juga ditipu oleh pengarah kelahiran Mesir itu.

“Saya berperanan sebagai pengantin cilik untuk watak yang bernama George,” katanya kepada Daily Mail.

“Saya tidak tahu jika kemudian George diubah menjadi Muhammad. Saya saat ini mengurung diri di rumah. Saya takut orang-orang di Timur Tengah akan menyalahkan saya,” katanya.

“Saya Katolik, jadi mereka fikir saya melakukan sesuatu yang menyerang Islam. Saya mengambil pil tidur. Saya menangis berhari-hari. Saya ditipu. Wajah saya terpampang jelas di petikan filem itu. Orang-orang melihat filem buruk itu, dan mereka melihat saya, “kata Gurji.

“Saya dikatakan, bahawa saya adalah Hillary, pengantin muda dari watak bernama George,” katanya.

Gurji juga menjelaskan dia dan pelakon lain percaya mereka telah membuat sebuah filem aksi yang dipanggil Desert Warrior. Nakoula atau ‘Sam’ tidak pernah menyebut tentang agama.

Filem ini telah menyebabkan tindakbalas anti-AS dari umat Islam seluruh dunia. Tujuh orang telah terbunuh, beribu-ribu cedera dan malam tadi rusuhan telah merebak ke Sydney, Australia. Ia juga melaporkan bahawa Sudan telah menolak permintaan AS untuk menghantar Marin untuk melindungi kedutaan

Post a Comment

0 Comments