Full Width CSS

Tak Boleh Kempen Media Sosial Lepas Tengah Malam. SPR Ni Dah Gila Agaknya


Semua parti politik diingatkan supaya tidak menjalankan kempen selepas jam 12 tengah malam hari terakhir pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti termasuk penggunaan media baru seperti facebook, twitter, blog atau sebagainya.

Timbalan Setiausaha (Pilihan Raya) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah berkata, SPR akan mendapatkan kerjasama daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memastikan tiada pihak yang ingkar dengan undang-undang itu.

“SPR sudah memberikan tempoh yang cukup kepada parti yang terlibat dalam pilihan raya untuk mengadakan kempen. Justeru gunakanlah masa yang diberi itu sebaik-baiknya, serta hentikan kempen bila sudah tamat waktu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat pada Majlis Perjumpaan Bersama Wakil Parti Politik dan Media Negeri Pahang Bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di sini, semalam.

Katanya, SPR tidak mempunyai kepakaran untuk menangani masalah tersebut serta memerlukan kerjasama SKMM selaku badan yang bertanggungjawab menguruskan hal berkaitan komunikasi.

“Jika dahulu, kempen yang dijalankan mungkin hanya melibatkan penggantungan bendera atau poster-poster sesebuah parti politik. Namun kini dengan kecanggihan teknologi, terdapat banyak medium yang boleh dijadikan penyebar maklumat.

“Justeru, saya harap semua parti politik dapat mematuhi undang-undang ini supaya bebas daripada sebarang tindakan,” katanya.

Ulasan :

Saya rasa SPR ni semakin hari semakin bodohnya sama seperti SPRM. Kalo nak sekat kempen secara fizikal atau eye to eye it's ok lah. Ini plak kempen menerusi media sosial pun nak disekatnya. Apa faedah yang SPR dapat?

Contoh pada beberapa Pilihanraya Kecil yang lepas, masih juga terdapat pihak² atau agensi dalam parti² bertanding meneruskan kempen selepas jam 12 tgh malam hari mengundi, bahkan ada juga perayu undi yang masih merayu undi di hadapan pintu masuk kawasan mengundi dan kemudian APAKAH TINDAKAN SPR SELEPAS ITU?

Tak ada apa² tindakan pun dikenakan terhadap parti yang melakukan kesalahan tersebut. SPR jangan bagi amaran sesuka hati tanpa memikirkan apa dan bagaimana cara menguatkuasakan undang² tersebut.

Saya percaya, kempen media sosial tidak langsung mengganggu perjalanan pengundian kecuali orang² yang berada di dalam SPR takut terkantoi sebab merupakan kroni Pakatan Haprak.

Post a Comment

1 Comments

  1. Takpe... gerenti ada bantahan lepas ni dari kedua-dua pihak... tak pun dia cakap tak boleh kempen guna SMS ye...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..