Full Width CSS

Banjir : UMNO Turun Kotorkan Badan, PR Datang Kemudian Kononnya Mereka Lah Hero Hak Tuihh


Mangsa banjir di Selangor telah meningkat kepada 1,327 orang dengan 30 keluarga telah ditempatkan di tujuh pusat pemindahan iaitu empat di Kuala Langat dan tiga di Sepang. Pelbagai bantuan telah mencurah-curah untuk mangsa-mangsa banjir sekaligus bertentangan dengan dakwaan para pecacai Pakatan Rakyat, kononnya rakyat negara ini telah dizalimi oleh Kerajaan Pusat yang diterajui oleh UMNO-BN.

Dalam keadaan itulah, pelbagai persoalan muncul. Mana perginya, agensi-agensi serta GLC-GLC Kerajaan Negeri? Ke mana pula menghilangnya para pemimpin Pakatan Rakyat yang cukup kuat berceramah dan berkempen untuk mendapatkan undi tetapi terlalu culas untuk menampakkan muka, batang hidung dan tubuh badan di tempat-tempat pemindahan mangsa banjir?

Sekadar bercakap kononnya Kerajaan Negeri prihatin dengan mangsa-mangsa banjir, lawatan-lawatan yang dibuat oleh para pemimpin Pakatan Rakyat Selangor ke pusat-pusat pemindahan banjir, terlalu sukar dilakukan.

Apakah kerana mereka terlalu sibuk berkempen, berceramah dan enggan mengotorkan rombongan Jelajah Rakyat Merdeka yang terdiri daripada sebuah bas mewah, sebuah lori kontena mewah dan beberapa buah kereta mewah, membuatkan para pemimpin Pakatan Rakyat beranggapan, tugas menenangkan mangsa-mangsa banjir itu perlu dipikul oleh Kerajaan Pusat?

Justeru, jadah apa sebenarnya janji-janji yang ditaburkan oleh kaum Pakatan Rakyat dengan pelbagai manifesto seandainya perkara banjir pun, Pakatan Rakyat buat tidak peduli?

Tahun lepas, di Ampang, penduduk di Lembah Jaya Selatan terlibat dengan banjir. Mak Lampir KOD 71 yang menjadi Ahli Parlimen, sibuk bercakap tentang NFCorps dan NFC serta Shahrizat Abdul Jalil dan Najib Abdul Razak yang memangku jawatan Menteri Wanita, tetapi batang hidung Mak Lampir langsung tidak kelihatan di Lembah Jaya. Manakala ADUN Lembah Jaya dari PAS pula, hanya muncul beberapa hari kemudian, iaitu selepas UMNO Bahagian Ampang telah menggerakkan pelbagai bantuan, termasuklah pemberian selimut, dapur, makanan, tilam dan sebagainya kepada keluarga mangsa banjir. Bahkan agensi-agensi seperti PDRM dan ATM yang memberikan bantuan kepada penduduk juga telah didatangkan oleh UMNO Ampang.

Kerajaan Negeri dan Pakatan Rakyat mengambil kesempatan dengan menawan surau namun makanan pula diambil dari khemah UMNO-BN yang terletak lebih kurang 20 meter. Berlagak kononnya surau di bawah kawalan Pakatan Rakyat, tetapi makanan dan minuman haram takada di khemah mereka.

Kemudian sembang pula kononnya Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan bernilai jutaan ringgit, tetapi sehingga artikel ini ditulis, HARAM TAKDAK SATU BENDA pun yang dibuat dengan menggunakan peruntukan berkenaan.

Nampaknya keadaan yang serupa berulang lagi di Selangor. Allah Taala seperti sedang memberikan petunjuk kepada penduduk dan rakyat Selangor tentang nilai dan belang sebenar Pakatan Rakyat yang menjadi kerajaan negeri ini!!!

Sumber : The Flying Kick

Post a Comment

2 Comments

  1. dah memang dasar pakatan haram jadah macamtu, mula2 tengok dulu, kemdian tabur fitnah, pastu ngaku dioranglah penyelamat...kalau nak harapkan diorang tu, mati hanyut atau kebulor lah mangsa2 banjir,

    ReplyDelete
  2. Melayu dalam PAS, PKR tu masih Islam ke? Atau dh jadi isle je??
    Memalukan!!!

    anak kecil

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..