Full Width CSS

Gaza Penjara Terbuka Terbesar Di Dunia @Khairykj #Pray4Gaza @NajibRazak #SaveGaza

"penjara terbuka yang paling besar di dunia adalah Gaza" - Khairy Jamaluddin


Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), YB Khairy Jamaluddin berkata Wilayah Gaza di Palestin adalah penjara terbuka yang paling besar setelah mereka dihimpit dengan kezaliman rejim Israel hari ini.

Menurut beliau penduduk di kawasan berkenaan bukan sahaja ditindas dengan penafian terhadap bantuan kemanusiaan malah turut melibatkan kemusnahan harta benda dan melumpuhkan ekonomi wilayah berkenaan setelah diserang oleh rejim Israel.


“Telah banyak pihak mengecam perkara ini termasuklah di Parlimen. Yang kita nak tambah hari ini bukan setakat nak kecam, tetapi di sini atas nama Pemuda BN kita kecam dan kita mahu dunia tahu bahawa rejim Israel adalah pengganas, negara pengganas. Rakyat Palestin hanya mempertahankan diri mereka daripada dizalimi oleh Israel.

“Kezaliman ini perlu ditentang habis-habisan dan kita berharap dan mendoakan negara Palestin tertubuh sebagai negara yang berdaulat pada satu hari nanti,“ katanya ketika berucap melancarkan melancarkan Tabung ‘Save Gaza Aman Malaysia’ anjuran Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia dan Pemuda BN yang bertujuan mengumpul dana untuk rakyat Palestin di Gaza yang diserang tentera Israel sejak seminggu lepas.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya melahirkan rasa syukur kerana satu perjanjian telah dimeterai oleh pihak kerajaan Hamas daripada Gaza Palestin dengan rejim Israel



“Tetapi jangan salah faham perjanjian gencatan hari ini bukan satu noktah, bukan satu isyarat bahawa penindasan terhadap rakyat Palestin sudah pun tamat. Ia cuma satu peristiwa yang akan menghentikan seketika sahaja.

“Tetapi esok lusa mereka akan kembali ke rumah maisng-masing di Gaza. Mereka akan kembali di penjara yang paling besar dalam dunia….Gaza adalah penjara paling besar yang terbuka. Mereka tidak dibenarkan untuk mendapatkan bekalan daripada luar negara. Ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan. Ekonomi Gaza musnah, kemusnahan sekolah, hospital dan sebagianya lagi.


“Puncanya apa…kalau kita dengar berita antarabangsa CNN dan BBC mereka akan kata pengganas daripada Palestin. Hamas dan rakyat Palestin. Apakah rakyat Palestin yang dibekalkan dengan batu untuk mempertahankan dan melindungi diri mereka di gelarkan pengganas jika dibandingkan dengan tentera Israel yang mendapat ratusan juta dolar AS setiap tahun. Berbagai jenis bom serta senjata dan sebagainya. Siapakah pengganas sebenarnya,” katanya.

Beliau seterusnya menambah pergerakan itu berdiri teguh bersama seluruh umat Islam yang dizalimi dan ditindas di seluruh dunia.



“Pemuda BN berdiri bersama dengan seluruh umat dunia yang dizalimi dan ditindas. Di Burma, etnik Rohingya dibunuh dan ditindas. Begitu juga di Syria apabila berlakunya perang saudara.

“Kita mengharapkan walaupun usaha kita kecil, sumbangan kita walaupun kecil dan kita harapkan mereka yang ditindas di Burma, Syria, Gaza, harap mereka dengar suara kami walaupun kecil dan suara ini mengingatkan mereka tidak keseorangan dan mempunyai penyokong di seluriuh dunia termasuk Malaysia. Ini adalah masalah umat Islam sejagat,“ katanya.



Sejurus itu satu majlis solat hajat diadakan di Surau Ar-Rahman PWTC bagi memohon kepada Allah s.w.t keselamatan dan keamanan di bumi Palestin khususnya Gaza.



Hulurkan sumbangan anda :

Pertubuhan Keamanan Rakyat Malaysia

Acc Cimb : 1420-0008541-05-8

Post a Comment

0 Comments