Full Width CSS

@n_izzah Saman Utusan & Berita Harian, Mana Surat Samannya? #TolakPR


Nurul Izzah anak puaka kepada Anugerah Tuhan PKR sekarang ini hanya tahu bertaichi demi menegakkan benang yang basah,pihak yang mendedahkan kebobrokan beliau diugut pula dengan saman.

Yang menariknya hingga sekarang dikhabarkan surat saman pun tak keluar,adakah Nurul sekadar sedapkan hati beliau dan penyokongnya. Nampak sangat Nurul perbodohkan ramai pihak terutamanya yang membela bermati matian mengenai perjuangan pluralisme dan liberalisme mereka.

KENYATAAN MEDIA

Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya – Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah – untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media lain, berkaitan laporan berunsur fitnah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari dengan menuduh saya seolah-olah saya menyokong murtad.

Saya tidak merelakan fitnah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN

Di kalangan orang PKR sendiri sedang gelakkan Izzah yang masih belum mengeluarkan SURAT SAMAN kepada Utusan dan Berita Harian. Yang buat Izzah serba tak kena, apabila berdasarkan maklumat peguam, susah juga untuk tidak membawa The Malaysian Insider dan Malaysiakini dalam saman tersebut.

Sebab, asal usul berita tersebut adalah portal tersebut. Di samping laporan menyeluruh yang dibuat portal 1Christians.

Hari ini sudah 23hb Nov. Masih belum ada apa-apa. Ulama’ yang menasihati PKR sudah nasihatkan. Minta maaf dan bertaubat. Bukan saman.

Mana satu yang Izzah nak buat ni?

Kalau minta maaf, jawabnya terbang EGO anak Anwar yang seorang ni. Disebabkan keceluparan mulut, habis semua planning. Daripada nak memenangi hati orang bukan Islam, pengundi Islam pula yang marah.-GelagatAnwar

Soalnya, di manakah letaknya surat saman tersebut?

Post a Comment

0 Comments