Full Width CSS

Gangster PR : @PDRMsia Sudah Ambil Keterangan Kes Ceramah & Gaduh Di Gombak #TolakPR

Polis merekodkan lebih lima percakapan berhubung insiden provokasi yang berlaku semasa ceramah umum Pakatan Rakyat (PR) 'Jelajah Merdeka Rakyat' di Batu 8, Gombak, Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, semua keterangan yang diambil itu adalah termasuk keterangan daripada Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

"Kesemua keterangan itu akan digunakan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

"Kita juga ingatkan semua ahli politik yang mengadakan ceramah agar menjalankan ceramah secara teratur tanpa ada sebarang unsur keganasan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, semalam.

Dalam insiden Selasa lalu, empat penyokong Umno termasuk Ketua Penerangan Pemuda Umno Cawangan Batu 10, Gombak, Mohd Faizaruddin Mustafha cedera di kepala, manakala dua penyokong PR turut menerima nasib sama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, kekecohan berlaku selepas sekumpulan 250 orang, diketuai Megat Zulkarnain, berkumpul di seberang jalan kira-kira jam 9.30 malam dan melaungkan perasaan tidak puas hati.

Menurutnya, tindakan itu menyebabkan beberapa penyokong PR yang sedang mendengar ceramah keluar dan berlaku pergaduhan antara kedua-dua belah pihak.

Beliau berkata, kekecohan itu, bagaimanapun, berjaya dikawal sepenuhnya oleh polis dengan bantuan Pasukan Keselamatan Persekutuan (FRU).

Katanya, polis turut mengambil video rakaman sewaktu kejadian untuk diteliti dan memanggil pihak berkaitan bagi membantu siasatan.

Post a Comment

0 Comments