Full Width CSS

Henti Putar Isu Amanat Hadi, PAS Cuak Undi Bakal Memihak @barisanasional #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali

Amanat Hadi 1981 yang menyebut Umno itu kafir selari dengan keadaan politik ketika itu bersabit penerimaan parti berkenaan terhadap Islam, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Oleh yang demikian katanya, tidak ada keperluan isu itu dibangkitkan semula pada hari ini sedangkan Umno juga setelah "ditegur" dengan cara itu, tidak lagi mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

"Ucapan (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) itu kena dilihat dalam konteks pada waktu itu. Waktu itu pemimpin Umno pun kata, agama suku politik suku. Memang politik katanya tidak ada kena-mengena dengan agama. Itu ucapan pemimpin Umno dan macam-macam lagi.

"Dan penghinaan yang dibuat oleh pemimpin Umno terhadap Islam itu sendiri. Jadi untuk bendung perkara itu kena bersihkan, tak boleh cakap macam itu," ujar beliau.

Dalam perkembangan terbaru itu, Hadi digesa oleh pelbagai pihak untuk menarik balik amanat beliau pada tahun 1981 itu dengan mengatakan selagi Hadi tidak berbuat demikian, orang Melayu akan kekal berpecah sampai bila-bila.

Bekas ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail berkata, hakikatnya masih ramai pengikut tegas Pas percaya, pemimpin serta ahli Umno jauh lebih hina daripada orang-orang bukan Islam.

Sementara bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula menyifatkan amanat Hadi itu sebagai "kisah lama" dan adalah lebih baik sekiranya membuat penarikan secara rasmi amanat yang pernah diberikan kepada ahli Pas lebih tiga dekad lalu itu.

Menurutnya, amanat yang berbunyi Umno itu kafir diungkapkan Hadi sewaktu angin kebangkitan Islam kira-kira 30 tahun lalu.

“Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat.

“Ini perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi). Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini,” katanya.

Mustafa mengulas gesaan dua mufti pada Isnin lalu agar Hadi menarik balik amanat beliau.

Mengulas lanjut, Mustafa menegaskan, perkara ini sengaja dibangkitkan semula menjelang PRU13.

"Itu taktik merekalah, kepada Anwar apa nak cakap, mereka akan carilah. Kepada Kit Siang apa nak cakap, pada Pas Hadi apa nak cakap. Skrip pilihan raya," kata Mustafa.

"Tak ada keperluan untuk bangkit perkara itu, jangan bangkit, jadi tak adalah perkara itu. Bangkit ini kerana pilihan rayalah," tambah beliau ketika ditanya sama ada Amanat Hadi perlu ditarik sebagaimana didesak pesaing politik Pas.

Meskipun begitu kata Mustafa, ia tidak akan memberi kesan kepada Pas dan Pakatan Rakyat amnya dalam menghadapi pilihan raya kali ini.

"Tak akan jejas apa-apa. Orang sudah faham kerana pilihan raya (hampir tiba). Itu taktik mereka," katanya.


PAS Takut ?

Post a Comment

0 Comments