Yang pertama dalam siri, Kuala Lumpur Chronicle dengan kerjasama “anonymous” dan ahli-ahli dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mendedahkan kebenaran Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang telah diputarbelitkan fakta oleh Rafizi Ramli. Satu siri artikel akan diterbitkan untuk melawan satu persatu fitnah, pembohongan, putar belit dan salah fakta pihak pembangkang terutama nya Rafizi Ramli .
Kami di KL Chronicle mahu pembaca kami untuk melihat dan menilai sendiri penipuan dan putar belit pihak pembangkang mengenai NFCorp. Mereka melakukan segala bentuk fitnah dan penipuan ini hanya untuk agenda politik mereka dan tidak lebih dari itu. Malahan, isu NFCorp ini tidak hanya patut dikaitkan dengan Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin sahaja tetapi lebih dari itu. Kami akan turut mendedahkan, semua orang yang terlibat dalam penipuan seperti Saifuddin Nasution, Tony Pua dan sudah tentu Anwar Ibrahim.
Untuk memastikan bahawa terdapat kredibiliti kepada cerita kami, kami juga akan sertakan dokumen - dokumen yang berkaitan tentang NFCorp untuk membongkar segala penipuan Rafizi Ramli. Kami tidak boleh memberitahu apa dokumen yang akan kami terbitkan sekarang tetapi esok kami akan mendedahkan dokumen-dokumen ini kepada orang ramai.
Semua mendedahkan & dokumen akan naik pagi esok pada jam 9.00 pagi. Tunggu!
Sumber :
KL Chronicle
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..